Hukum Islam

hudud

Siapakah Yang Bertanggungjawab MelaksanakaN Hukum islam?

Soalan ini telah dijawab oleh al imam Dr Yusuf al Qaradhawi di dalam kitabnya Malameh alMujma’ alMuslim allazi nansyuduhuu,m\s 287-288.

“Yang pertama dan utama ialah Penguasa kerana kuasa yang mereka miliki.Kedua ialah rakyat yang beriman melaksanakan syari’at dalam bentuk yang tidak memerlukan penguatkuasaan seperti syari’at dalam rumahtangganya”.

Firman Allah ertinya:

“Itulah hukum-hukum Allah,Maka janganlah kamu melanggarnya.Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah,mereka itulah orang-orang yang zalim.”

(Surah Al Baqarah : Ayat 229)
Firman Allah ertinya:

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu.Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu),maka ketahuilah,hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sebahagian dari dosa-dosa mereka;dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik”

(Surah Al-Ma’idah : ayat 49).

“.Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan,maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri”

(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Hudud Dan Qisas Di Arab Saudi:

Di Tanah Arab satu ketika dahulu,jenayah mencuri dan merompak jemaah haji lelaki dan wanita di Baitullah begitu berleluasa.Dengan itu,sebahagian jemaah haji tidak lagi mahu kembali ke Makkah kecuali untuk menunaikan nazar yang kecil.Oleh itu Hijjaz (Kerajaan Saudi) telah melaksanakan hudud+qisas sehingga keamanan dapat distabilkan.Selepas itu,jenayah mencuri mula berkurangan dan kegiatan merompak lumpuh,sehingga negeri itu menjadi aman.

Kejayaan menangani jenayah ini melalui pelaksanaan hukum hudud sangat mengagumkan dan memeranjatkan banyak pihak.Namun perkara paling menakjubkan ialah sepanjang 24 tahun hukuman ini dijalankan,hanya 16 orang dikenakan hukuman potong tangan.Secara tersiratnya,Kerajaan Saudi berjaya menyelamatkan beribu-ribu ‘tangan’ yang tidak berdosa dengan 16 bilah tangan sahaja!

Jelaslah ketegasan ini adalah rahmat kepada masyarakat umum.Oleh itu, pengorbanan tangan dan kaki adalah terlalu sedikit bilangannya jika dinisbahkan kepada orang yang keluar dari hukum Allah s.w.t. yang melakukan jenayah melibatkan ribuan orang yang tidak berdosa kehilangan harta benda dan tubuh, malah nyawa mereka.

Malah kekerasan hukuman ini juga hakikatnya adalah rahmat kepada orang yang hendak melakukan jenayah,kerana ia menimbulkan ketakutan kepada orang lain untuk melakukannya.Justeru,apabila seorang pencuri dipootng tangan atau seorang perompak dibunuh,ia sebenarnya menyelamatkan beribu-ribu bakal penjenayah lain.

Jelasnya,hukuman hudud tidak bertujuan membalas dendam kepada penjenayah tetapi sebaliknya menyelamatkan bakal-bakal penjenayah dan memelihara orang ramai.

Pengakuan Beberapa Orang Tokoh Barat:

Pengakuan berikut bukan disuarakan oleh para ulama Islam Universiti Al-Azhar, atau profesor fiqah di universiti lain,tetapi ia dilontarkan oleh beberapa orang tokoh popular undang-undang dunia.Pandangan mereka ini menjadi bukti tentang kebenaran,kelebihan serta kebaikan syariat Islam,mengatasi undang-undang ciptaan manusia.

Dr. Ezko Insabato:

“Kebanyakan perbahasan syariat Islam dalam pelbagai aspek mengatasi segala perundangan Eropah.”

Sarjana Undang-Undang Chibrel:

“Manusia merasa bangga terhadap keturunan seorang lelaki seperti Muhammad kerana sekalipun beliau tidak tahu membaca dan menulis,namun dalam masa lebih 10 kurun beliau mampu membawa satu perundangan yang menjadikan kami orang Eropah lebih bahagia terhadap apa jua yang kami lakukan sekiranya kami sampai kepada kemuncaknya selepas 100 tahun.”

Bernad Shaw:

“Agama Nabi Muhammad merupakan satu ketentuan yang tinggi kerana mengandungi satu kehidupan yang amat mengagumkan,satu-satunya agama yang memiliki pelbagai keistimewaan dan mampu mencernakan perkembangan kehidupan.Saya berpendapat Nabi Muhammad wajar dianggap sebagai penyelamat manusia.Jika seorang lelaki yang sama sifat dengannya dilantik sebagai pemimpin dunia moden ini,dia pasti berjaya menyelesaikan pelbagai permasalahan.”

Admon Berk:

“Undang-undang Nabi Muhammad adalah perundangan yang kukuh terhadap masyarakat daripada hak memiliki kepada penjagaan yang paling rendah.Ini merupakan perundangan yang dilengkapi segala hukum hakam sistem undang-undang.Syariat Islam adalah syariat yang paling adil,di mana penggubalan undang-undang dunia sepertinya tidak pernah mendahuluinya dan tidak mungkin ada pada zaman selepasnya.”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top