Rawatan Bekam Untuk Lelaki dan Wanita

Bekam dari segi bahasa adalah merujuk kepada membuang darah kotor, manakala dari segi istilah pula ianya adalah kaedah rawatan membuang darah kotor dari dalam badan melalui kulit dengan menggunakan pisau atau jarum yang steril agar tidak dijangkiti kuman dan mendatangkan komplikasi yang merbahaya kepada pesakit. Sejarah bekam ini nermula daripada zaman Rasulullah S.A.W. Bekam terbukti mampu mengubat pelbagai masalah kronik dalam badan termasuklah mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat kanser atau ketumbuhan di dalam salur darah.

Dengan menggunakan pisau atau jarum untuk membuka rongga kulit, teknik memvakum darah dengan cara menghasilkan tekanan dengan menekap bahagian kulit yang ditoreh dengan cawan yang khas digunakan untuk berbekam, maka darah yang kotor akan keluar dalam bentuk cairan yang pekat. Seterusnya, apabila selesai, darah yang bersih akan mula mengalir dimana ianya tidak terlalu pekat & tidak terlalu gelap warnanya. Secara teori & amali nya, berbekam memberi banyak manfaat dalam penyembuhan sesuatu penyakit.

Pengeluaran darah kotor adalah darah yang berpotensi mempunyai toksin yang tinggi. Darah yang mengalir dari dalam tubuh akan lebih sihat & segar selepas mengamalkan teknik berbekam. Selain itu, ianya juga berfungsi sebagai penambahbaikan sel organ dalam badan. Sebagai contohnya, sistem sirkular manusia yang mengalami masalah akan menyebabkan seseorang mudah berasa letih, lenguh badan & juga menyebabkan demam kerana suhu badan yang tinggi akibat kurangnya darah beroksigen di pam di dalam badan. Dengan berbekam, ianya akan mengembalikan jaringan & sel sirkular agar berfungsi dengan sihat & baik.

Berbekam juga merupakan salah satu rawatan yang mampu menghasilkan antibodi secara semulajadi. Tubuh badan manusia, kebiasaannya akan membina antibodi melalui sakit yang kita alami dari masa ke semasa. Dengan berbekam, apabila darah kotor dibuang, sel badan akan terus menghasilkan antibodi baharu secara semulajadi untuk melawan penyakit yang berpotensi menggangu fungsi sel badan. Apabila sel badan bebas daripada penyakit, maka tubuh badan akan kekal sihat & cergas.

Terdapat juga beberapa manfaat berbekam yang lain yang kurang dinyatakan kepada pesakit sebagai contohnya, ianya adalah kaedah pencegahan kepada sakit migrain, masalah jantung, lelah, diabetes & banyak lagi. Memang benarlah bekam itu adalah 1001 penawar kepada segala masalah dalaman seseorang. Kini, bukan umat Islam sahaja yang mengamalkan bekam, malah ramai lagi yang mempercayai & yakin dengan teknik berbekam.

Tuntasnya, yakinlah bahawa perawatan sunnah ini adalah sebaik-baik pengubatan & kaedah rawatan semulajadi yang boleh membantu mencegah daripada pelbagai masalah kronik. Dapatkanlah nasihat & teori daripada pengamal bekam sunnah mahupun yang moden untuk lebih faham berkenaan rawatan ini. Semoga dengan sedikit ikhtiar, anda akan menemukan jalan kesihatan yang lebih baik.

2 thoughts on “Rawatan Bekam Untuk Lelaki dan Wanita”

  1. Pingback: Servis Urut Tradisional – Urut Satu Badan – Hafiz™

  2. Pingback: Rahsia Berbekam – Hafiz™

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top