Pesanan Buat Muslimin Dan Muslimat

nasihat

Pesanan buat kaum muslimin:Kalau anda tahu perempuan itu akan jadi isteri orang,anda takkan memandangnya sesuka hati untuk bersenang-senang,sepertimana anda tidak suka isteri anda dipandang sesuka hati..

Pesanan ke 2 buat kaum muslimin:Jika anda membiarkan isteri anda bergaul dengan lelaki lain tanpa ada rasa cemburu dan pengawasan,anda adalah dayus..

Pesanan buat kaum muslimat:kurangkan upload gambar,walaupun menutup aurat,walaupun pakai niqob(purdah),kalau tak upload langsung lagi bagus..Kata saidina Ali r.a kepada isterinya(Fatimah binti Muhammad Rasulullah s.a.w):”Wahai Fatimah,apa yang terbaik untuk seseorang wanita?”

Fatimah menjawab:”Hendaklah dia tidak melihat lelaki (yang bukan mahramnya)dan lelaki pun tidak melihatnya”..

Pesanan ke 2 buat kaum muslimat:Bertudung labuh itu adalah mendekati ciri-ciri solehah,tapi bertudung labuh tidak semestinya solehah..dah bertudung labuh jangan terlepas pandang pada perkara lain pula,jaga akhlak..yang tak bertudung labuh,labuhkanlah:)

Yang tak bertudung langsung..fikirlah . .Semoga Allah memberi hidayah kepada anda dan kepada kita semua.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top