Punca Kulit Berminyak

masalah kulit,kulit berminyak

Punca Kulit Berminyak

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kulit berminyak. Kesan kulit berminyak akan menyebabkan wajah kelihatan tidak sihat dan tidak bermaya. Oleh itu, mari kita lihat punca-punca yang menyebabkan kulit berminyak.

Alat kosmetik Dan Penjagaan Kulit Berminyak

Kadang kala krim atau alat kosmetik juga menyebabkan kulit berminyak terutama nya jika menggunakan “Oily Free”.  Jika produk tersebut tidak sesuai digunakan untuk wajah kita, kemungkinan untuk mudah menghadapi wajah berminyak wujud. Oleh itu, kita hendaklah memastikan apa saja produk yang kita gunakan tidak memberikan kesan buruk kepada wajah kita.

 

Pemakanan

Topik makanan adalah paling susah untuk kita nak elak. Hal ini kerana majoriti makanan yang ada dekat sekeliling kita terdiri daripada makanan yang berminyak. Jika kita pergi restoran, makanan yang disediakan juga adalah makanan berminyak seperti ayam goring, mee goring dan sebagai nya. Jika kita kerap mengambil makanan yang berminyak ia akan menyebabkan turut berminyak. Hal ini kerana minyak tidak mempunyai khasiat namun sekarang terdapat minyak yang berkhasiat seperti Olive Oil.

 

Emosi terganggu

Kulit berminyak disebabkan emosi? Mungkin agak pelik namun ia adalah antara satu faktor yang menyebabkan muka menjadi tidak sihat. Emosi berlaku jika seseorang berhadapan dengan masalah dan ia akan menyebabkan kita mudah menjadi marah dan stress. Oleh yang demikian, ia akan memberikan kesan kepada kulit yang berminyak untuk timbul jerawat. Cara yang terbaik adalah mengawal emosi walaupun ketika berada dalam keadaan marah kerana ia akan menjejaskan kesihatan.

Penggunaan pencuci muka

Pada masa kini, pelbagai jenama pencuci muka terdapat dalam pasaran dan amat mudah diperolehi di mana-mana kedai. Sebelum membeli pencuci muka, pastikan ia nya bersesuaian dengan keadaan kulit wajah untuk mengelakkan sebarang sampingan seperti menyebabkan kulit berminyak. Pencuci muka yang baik adalah yang mengandungi oily free kerana ia sesuai digunakan jika kulit masih berminyak disebabkan produk-produk yang terdahulu. Di samping itu, elakkan daripada selalu menukar pencuci muka berlainan jenama jika sudah menjumpai pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top