Syirik Dan Bidaah Penggunaan Lada Hitam,Garam Dan Limau Nipis Dalam Rawatan Alternatif ?

Kayu manis lada hitam garamSahabat sahabat pembaca yang dirahmati Allah dan dikasihi Rasulullah…

Mungkin anda pernah terdengar atau terbaca ada orang “berpendapat” menggunakan lada hitam,garam dan limau nipis itu adalah syirik. benarkah ia syirik

“Ia tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah..Ia malahan adalah suatu pekerjaan syirik kerana TELAH BERHARAP KEPADA SELAIN ALLAH dan pekerjaan ini adalah sama hukumnya sebagaimana seseorang berharap kepada tangkal “.

Saya Jawab :

Memang benar tidak ada sebarang nas dari Al-Quran atau Al-Hadis Nabi s.a.w penggunaan lada hitam,garam dan limau nipis seperti yang diamalkan oleh perawat-perawat islam hari ini.Semua itu adalah berdasarkan pengalaman para perawat dan ulama nusantara semenjak dahulu lagi.

Berdasarkan pengalaman mereka terdahulu didapati makhluk halus tidak suka benda-benda yang disebutkan tadi.Persoalannya ialah apakah wajar menuduh dan mentohmah para perawat “telah berharap kepada selain Allah”?Apakah wajar dihukum perawat tersebut sebagai ahli bidaah kerana kaedah rawatanya yang tidak sunnah?

Garam Berubat

Manusia mana yang bila sakit dia tidak berjumpa Doktor? Manusia mana yang tidak pernah menelan ubat?Mengapakah tidak disyirikkan?adakah kerana anda juga pernah ke hospital dan menelan ubat maka berubat dengan Doktor dan menelan ubat itu harus dan ia tidak disebutkan sebagai”telah berharap kepada selain Allah”..Sebagai mana para Doktor dengan kepakarannya menggunakan alat-alat tertentu sebagai ikhtiar dalam merawat pesakitnya,demikianlah juga perawat-perawat islam mereka hanyalah berikhtiar dengan bahan-bahan tersebut bersama doa doa tertentu dan beri’tiqad hanya Allah sahaja yang maha penyembuh.Seperti mana Allah menjadikan panadol sebagai penawar demikianlah juga Allah menjadikan lada hitam,limau,garam,dan lain-lain bahan lagi sebagai beberapa khasiat dan kelebihan.Maka tidak timbul menggunakan bahan bahan tersebut adalah syirik..

Firman Allah ertinya:

“Belum tahukah kamu,bahwa sesungguhnya Allah telah memudahkan untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi;dan Ia telah sempurnakan buat kamu nikmat-nikmatNya yang nampak maupun yang tidak nampak”

(Luqman: 20)

HUKUM ASAL SEGALA SESUATU ITU ADALAH MUBAH (boleh) :

Para Ulama feqh telah membuat kaedah dalam perkara berkaitan muamalat “Hukum asal segala sesuatu itu adalah mubah sehingga ada dalil yang melarangnya”

Jadi pada prinsipnya segala apa yang ada dimuka bumi boleh untuk kita manfaatkan dan tidak timbul isu bidaah dalam rawatan semata mata kerana ia tidak ada contoh dari Nabi s.a.w..Nabi kita pernah bersabda : “Kamu lebih mengetahui tentang urusan duniamu”(HR Muslim)

Allah tidak akan membuat segala-galanya ini yang diperuntukkan untuk manusia kemudian Dia sendiri mengharamkannya.Perhatikan Hadits ini :

“Apa saja yang Allah halalkan dalam kitabNya,maka ia adalah halal,dan apa saja yang Allah haramkan,maka ia adalah haram,dan apa yang Allah diamkan,maka ia dimaafkan(dibolehkan).Oleh itu terimalah dari Allah akan kemaafannya itu, sesungguhnya Allah tidak lupa tentang sesuatu perkara.”(Hadits sohih riwayat Hakim dan Bazzar)

Limau Nipis

“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa kewajiban,maka jangan kamu sia-siakan dia;dan Allah telah memberikan beberapa batas,maka jangan kamu langgar dia;dan Allah telah mengharamkan sesuatu,maka jangan kamu pertengkarkan dia;dan Allah telah mendiamkan beberapa hal sebagai RAHMAT bagimu Dia tidak lupa,maka jangan kamu perbincangkan dia.” (Riwayat Daraquthni, dihasankan oleh an-Nawawi)

Jadi perkara yang tidak ada dalil yang memerintah dan juga tidak ada dalil yang melarangannya, maka ia termasuk perkara yang DIDIAMKAN oleh syariat maka itu RUKSYOH (ada kemaafan) sebagai RAHMAT yaitu hukumnya MUBAH..

SEMUA YANG HARAM ITU TELAH DIJELASKAN SECARA TERPERINCI OLEH ALLAH:

“Dan Allah telah menjelaskan kepadamu sesuatu yang telah ia haramkan atas kamu”

(al-An’am: 119)

dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk (Al A’raf : 157)

Artinya semua yang buruk telah diharamkan oleh Allah secara terperinci, jadi apabila tidak ada nas nas soreh yang mengharamkan sesuatu maka dipastikan sesuatu itu hukumnya TIDAK HARAM.

MENGHARAMKAN YANG TIDAK HARAM BOLEH MEMBAWA KEPADA KESESATAN:

“Mereka mengharamkan apa yang Allah telah rezekikan pada mereka dengan semata-mata mengada-adakan terhadap Allah. Sesungguhnya mereka telah sesat (Al An’am : 140)

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah (An Nahl : 116)

Saya yang faqir ilmu ini mengakhiri kalam dengan menukilkan tulisan al fadhil ustaz Aizam Mas’ud (PEGAWAI JAKIM )dari blog peribadinya:”Beliau(Syeikh Wahbah Zuhaili) menasihatkan penulis (ustaz Aizam Mas’ud) supaya menjauhkan diri daripada mana-mana kelompok yang ghuluw dan ekstrim kerana Islam adalah agama kesederhanaan.Penulis juga sempat membacakan selawat syifa’ dan selawat tafrijiyyah yang dikatakan bid’ah oleh Wahhabi,namun Syeikh Wahbah menafikan dan mengharuskan kedua-dua selawat tersebut”

Wallahu’alam..

MindaKini.Com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top