Mungkin dikalangan kita biasa membeli ayam goreng atau ayam percik yang masih belum sempurna masak.Bila nak makan tengok-tengok masih lagi berdarah.
Timbul persoalan apa hukum kita makan ayam tersebut?
Untuk menjawan persoalan ini kita perlu merujuk surah Al An’am ayat 145
Firman Alah:
قُلْ لَا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَى طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنْزِيرٍ
“Katakanlah: “Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku,sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya,kecuali kalau makanan itu bangkai,atau darah yang mengalir atau daging babi…..”
Allah Taa’la sebut:
دَمًا مَسْفُوحًا
=Darah yang mengalir(yang mencurah-curah keluar)
Maka darah yang melekat didaging\ayam\ikan itu ia tidaklah termasuk di dalam larangan Allah.
Secara terperincinya begini:
Para Ulama bersepakat bahawa semua jenis darah adalah haram(tidak boleh dimakan)tetapi kesepakatan Ulama adalah pada darah yang bersifat mengalir(دَمًا مَسْفُوحًا ) berdalilkan ayat diatas..Adapun darah yang masih menempel di tulang atau urat daging yang sulit dibersihkan maka ia halal dimakan.
Dalil:
Hadis Aisyah r.a yang disebut oleh imam al Qurtubi di dalam tafsirnya:
Kami memasak tulang(macam sup tulang) di zaman Rasulullah,maka air rebusan tulang itu naik kuning disebabkan darah yang melekat maka kami memakannya tanpa kami mengingkari.
Oleh itu jika anda membeli ayam goreng kemudian didapati darah masih melekat di urat daging atau dibahagian tulang,anda tidak perlu was-was untuk memakan daging ayam tersebut.Lagi satu ketika anda membasuh daging untuk dimasak,anda tidak perlu membasuhnya sampai pucat.Apa yang melekat itu dimaafkan..
Lagi satu adakah ayam yg anda beli di pasaran di sembelih dengan sempurna?bkn apa2 tkut2 ayam yang mati tu bkn disebabkan sembelih mgkin dia mati sebab terhempas or terkena ayam panas
Bahaya juga kalau beli ayam di luar sana, yang kita x tahu di sembelih oleh orang islam atau tidak, tambah2 lagi di Tasco, cuba perhatikan
saya setuju dg penjelasannya!
mksh!
tkasih . sblm ni pernah pjgkan ke ustaz tp ustaz tu beri penjelasan haram sbb najis