Hukum Bermain Mercun

hukum main mercun

Hukum bermain mercun pada asalnya adalah harus kerana tiada satu dalil pun yang mengharamkannya..Namun jika diperhatikan,bermain mercun ini boleh menyebabkan berlakunya kemudhratan pada diri sendiri dan memudharatkan orang lain seperti putus jari,buta mata,kecacatan dan kebakaran.. Menjadi prinsip penting dalam Islam Semua perkara yang boleh mendatangkan bahaya dan membawa mudarat kepada diri dan orang lain adalah DIHARAMKAN..

Firman Allah yang bermaksud:

“…dan janganlah kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.”

(Surah al-Baqarah,ayat 195)

Nabi s.a.w bersabda ertinya : “Tidak boleh seseorang memudhoratkan dirinya sendiri dan tidak boleh pula memudhoratkan orang lain”

Dalam hadis lain:

من ضَارَّ أَضَرَّ الله بِهِ وَمَنْ شَاقَّ شَاقَّ الله عليه

Ertinya:”Barangsiapa yang membawa mudharat maka Allah akan memudharatkan dirinya sendiri,sesiapa yang menyusahkan orang lain,Allah akan menyuasahkannya pula”

(Riwayat Abu Daud,Ahmad,Tirmidzi:Hasan Gharib)

akibat main mercun

Alasan Lain Larangan\Pengharaman  Bermain Mercun ialah:

– Pembaziran

Bermain mercun adalah satu bentuk pembaziran kerana wang yang digunakan “DIBAKAR” begitu sahaja semata mata ingin menikmati BOOM! BOOM! bunyi letupan yang tiada membawa satu faedah pun..Islam menggalakkan kita memperbanyakkan sedekah terutama di bulan Ramadhan bukannya membeli mercun..Membazir terhadap harta itu haram kerana Nabi melarang dari melakukan hal yang demikian.

– Mengganggu Ketenteraman Awam

Nabi s.a.w bersabda ertinya :

“Tidak halal bagi seorang muslim membuat muslim lain terkejut”

(Riwayat Abu Daud dan Ahmad,dinilai sahih oleh al-Albani)

Di dalam hadis riwayat Bukhari,disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w melarang kita menyakiti jiran sekeliling..Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat,maka janganlah menyakiti jirannya.”

Islam mewajibkan kita agar memelihara hak sesama jiran,sedangkan bermain mercun boleh mengganggu jiran tetangga..Boleh jadi dikalangan jiran kita ada yang sakit,uzur,sedang berehat,dan boleh jadi ada anak kecil sedang tidur di rumah..Maka kerana bermain mercun kita telah mengganggu dan menyakiti hati jiran tetangga kita..

Dalam hadis lain disebutkan:

“Seorang muslim itu adalah seseorang yang selamat lisan dan tangannya dari (mengganggu) orang lain.”

(HR.Bukhari dan Muslim)

Kata Ibnu Batthal rahimahullah: “Maksud dengan hadis ini adalah dorongan agar seorang muslim tidak menyakiti kaum muslimin lainnya dengan lisan,tangan dan seluruh bentuk menyakiti lainnya.

– Larangan Undang Undang Akta Bahan Letupan 1957

Seksyen 4 (2) memperuntukkan undang-undang sesiapa yang bersalah mengilang,memiliki dan mengimport mercun atau bunga api,boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Pendapat Dr.Mohd Asri Zainul Abidin@DrMAZA Berkaitan Hukum Main Mercun

Menurut Beliau:-

Pertama sekali,tidak boleh sesiapa pun beriktikad bahawa Islam menggalakkan main mercun pada musim raya.Jika kepercayaan ini ada,ia termasuk dalam bid’ah kerana menokok tambah ajaran Islam dengan satu upacara yang dianggap ibadah. Walaupun kepercayaan seperti di tempat kita tiada,namun mesti diperingatkan prinsip ini, kerana perubahan masa dan tempat boleh menyebabkan perubahan kepercayaan dan ibadat.

Kedua,permainan secara umumnya termasuk dalam urusan am kehidupan.Selagi ia tidak memberi mudarat pada diri atau orang lain,maka ia dibolehkan.Mercun yang membawa kepada kecederaan diri atau orang lain adalah haram.Haram itu bertambah apabila adanya arahan pemerintah yang melarang rakyat dari perbuatan tersebut. Ketaatan kepada Ulul Amri dalam perkara yang baik adalah wajib.

Lebih buruk lagi apabila ada yang bermain mercun sehingga mengganggu ketenteraman awam,jamaah yang bersolat di masjid,bayi yang sedang tidur dan seumpamanya.Di negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand seperti Kedah, malam mereka dentuman bagaikan peperangan sedang tercetus.

Nabi s.a.w menyebut dalam hadis:

“Tidak halal bagi seorang muslim membuat muslim lain terkejut”.(Riwayat Abu Daud dan Ahmad,dinilai sahih oleh al-Albani).

Namun jika bunga api atau mercun yang tidak merbahaya dan diizinkan oleh undang-undang,maka tidak menjadi kesalahan untuk bermain sebagai satu aktiviti kegembiraan dalam batasan yang diizinkan.

Hukum Main Mercun & Bunga Api Ustaz Azhar Idrus :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top