Select Page

1

Disebutkan beberapa hadis yang menyebut tentang bala dan hukuman kepada peminum arak. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
 
1. Jauhilah minuman keras, kerana sesungguhnya minuman keras itu punca bagi bagi segala kejahatan.” (Riwayat al-Hakim)
 
2. Semua minuman yang memabukkan itu ialah khamar. Dan setiap khamar itu haram. Sesiapa yang meminum khamar di dunia lalu mati dalam keadaan tidak bertaubat sedangkan dia sangat menggemarinya, maka nanti dia tidak akan dapat merasainya di akhirat.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)
 
3. Sesungguhnya, Allah telah menetapkan janjiNya kepada sesiapa yang meminum arak bahawa Dia akan memberikan kepadanya minuman tinah al-khabal iaitu keringat, darah dan nanah penghuni neraka.” (Riwayat Muslim, Ahmad dan al-Nasa’i)
 
4. Sesiapa yang meminum khamar di dunia, maka dia akan diharamkan daripada meminum khamar di akhirat kecuali jika dia bertaubat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
5. Orang yang menggemari minuman khamar seperti orang yang memuja patung berhala.” (Riwayat al-Bukhari dan Ibn Majah)
 
6. Tidak akan masuki syurga bagi seorang yang menderhakai ibu dan bapanya dan si penggemar minuman khamar.” (Riwayat Ahmad dan al-Nasa’i)
 
7. Tiga kumpulan manusia yang diharamkan Allah daripada memasuki syurga; penggemar minuman keras (khamar), orang yang menderhakai ibu dan bapa serta orang dayus iaitu yang membiarkan ahli keluarganya membuat perbuatan keji yang dikutuk oleh Allah dan RasulNya.” (Riwayat Ahmad dan al-Nasa’i)
 
8. Allah tidak akan menerima solat orang yang meminum khamar selagi masih berbaki di dalam tubuhnya minuman itu walaupun sedikit.” (Riwayat al-Munziri)
 
9. Sesiapa yang bemina dan meminum khamar, maka Allah akan mencabut imannya sebagaimana seorang yang melepaskan bajunya dari kepala.” (Riwayat al-Hakim)
 
10. Sesiapa yang meminum khamar pada waktu petang, maka pada waktu paginya dia boleh menjadi musyrik. Dan sesiapa yang meminumnya pada waktu pagi, dia boleh menjadi musyrik pada waktu petangnya.” (Jami‘ al-Akhbar)