Ruiuk ialah hak suami dalam perceraian talak raj’i selagi isterinya masih dalam idah. Ia adalah satu penemsan bagi perkahwinan sedia ada yang dilakukan oleh suami, menggunakan lafaz tertentu tanpa perlu kepada akaddan mas kahwin yang baru.
Dari sudut sahnya, rujuk tidak memerlukan lafaz penerimaan daripada isteri. Bahkan ia sah walaupun tanpa pengetahuan dan persetujuan isteriasalkan menepati syarat rujuk yang diperlukan.
Isteri yang diceraikan tidak boleh merujuk suami yang menceraikannya walaupun isteri itu masih suka kepada suaminya. Sebaliknya, suami boleh merujuk isteri yang diceraikan walaupun isteri tersebut tidak suka lagi kepada si suami.
Menurut jumhur ulama, terdapat tiga rukun utama rujuk [lihat jadual]:
1. Suami
2. Isteri
3. Sighah (lafaz).
Kewujudan saksi hanya disunatkan.
Kategori Lafaz Rujuk
Jenis lafaz rujuk terbahagi kepada dua
1. Lafaz sarih (jelas)
Contoh lafaz sarih daripada suami: “Abang rujuk kembali kepada kamu.” Lafaz seperti ini sah dan tidak memerlukan niat.
2. Lafaz kinayah (sindiran atau simbolik)
Lafaz kinayah menggunakan bahasa sindiran atau kiasan yang membawa maksud untuk rujuk. Contohnya suami berkata: “Abang pegang awak.” Jika menggunakan lafaz kinayah, maka disyaratkan agar suami itu berniat untuk rujuk ketika melafazkan perkataan sindiran tersebut.
Rujuk yang dilafazkan oleh suami setelah memenuhi semua rukunnya adalah sah, walaupun rujuk yang dibuat itu dalam keadaan bergurau. Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud: “Tiga perkara bersungguh-sungguh dikira bersungguh (jadi atau sah) dan begitu juga bergurau (main-main) pun dikira bersungguh iaitu nikah, cerai dan rujuk.” (Riwayat al-Tirmizi)
Justeru jika dilafazkan dengan jelas, lebih-lebih lagi ia menjadi sah. Dari sudut peruntukan undang-undang, saudara boleh merujuk kepada Seksyen 52(2) hingga (9) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.
Antara lain, seksyen ini menyebut sekiranya isteri tamat idah, maka tidak boleh dirujuk. Sekiranya suami melafazkan rujuk tetapi isteri tidak bersetuju dengan sebab dan alasan yang dibenarkan hukum syarak, maka mereka tidak boleh diperintahkan oleh mahkamah supaya hidup semula sebagai suami isteri, tetapi mahkamah hendaklah melantik satu jawatankuasa pendamai seperti diperuntukkan bawah Seksyen 47 dan seksyen itu hendaklah diguna pakai sewajarnya.
Ini bermaksud, sekiranya isteri tidak bersetuju dengan alasan yang diterima syarak seperti suami menderanya atau jika kembali boleh membahayakan diri isteri, maka mahkamah boleh memerintahkan satu jawatankuasa dilantik dan mereka diberi masa enam bulan untuk menilai sama ada pasangan tersebut wajar kembali sebagai suami isteri atau sebaliknya.
Seorang suami juga dilarang merujuk dengan maksud jahat seperti untuk menyakiti atau menganiaya isteri yang hendak dirujuk. Ini berdasarkan surah al-Baqarah ayat 231 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan maksud memberi mudarat kerana kamu ingin melakukan kezaliman terhadap mereka. Dan sesiapa yang melakukan perkara demikian, maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. Dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum itu sebagai ejekan dan mainan.”
Dari segi hukum rujuk juga, wajar diperhatikan bahawa hukum asal bagi rujuk adalah harus tanpa dikaitkan dengan perkara lain. Selain itu, makruh rujuk jika perceraian itu lebih baik bagi kedua-dua pasangan suami dan isteri.
Sunat rujuk sekiranya suami bertujuan memperbaiki rumah tangga, masih menyayangi dan ingin memperbaiki keadaan isterinya. Manakala haram rujuk jika suami rujuk dengan tujuan membalas dendam atau menzalimi isteri yang ingin dirujuknya.
Solusi Masalah
Merujuk kes saudara, berdasarkan mazhab Sya?‘i, kedudukan rujuk yang saudara lakukan melalui SMS adalah tidak sah walaupun mempunyai niat untuk rujuk semula bersama isteri. Lafaz rujuk yang dibuat oleh saudara adalah berbentuk tulisan (kitabah) dan bukannya secara lisan melainkan saudara seorang yang bisu (tidak boleh berkata-kata).
Untuk makluman saudara, SMS dianggap sebagai tulisan (kitabah). Namun begitu sekiranya saudana membaca semula SMS tersebut secara berlafaz sebaik sahaja menghantarnya, rujuk itu dianggap sah kerana saudara melafazkan rujuk. Saudara perlu melafazkan kembali lafaz rujuk berkenaan secara lisan terhadap isteri dalam tempoh idah isteri saudara. Sekiranya tempoh idah tamat, maka saudara dikehendaki menjalankan akad nikah baru dengan bekas isteri.
Dengan akad nikah baru, saudara perlu ingat bahawa bilangan talak saudara dengan isteri tersebut sudah berkurang kepada dua sekiranya sebelum ini bercerai dengan talak satu. Saudara juga periu mengambil kira lafaz taklik yang dibaca ketika perkahwinan dahulu kerana sesetengah negeri meletakkan taklik iaitu sekiranya suami merujuk tanpa persetujuan isteri maka boleh jatuh satu lagi talak.
Perkahwinan, perceraian dan rujuk adalah suatu yang penting dalam Islam. Apabila seseorang berkahwin secara baik dan terhormat, dan perkahwinan tidak dapat diselamatkan, sewajarnya perceraian juga dilakukan dengan baik dan terhormat, bukan dengan menggunakan SMS dan sebagainya. Begitu juga apabila suami ingin merujuk isteri, wajariah berdepan menzahirkan kesungguhan dan keikhlasan suami kerana ia bukan perkara main-main.
Untuk mengesahkan rujuk yang saudara lakukan, saya menasihatkan agar saudara membuat permohonan pengesahan rujuk di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di pejabat agama di tempat saudara. Semoga perkahwinan saudara dapat diselamatkan dan beroleh keberkatan Allah. Amin.
Seorang suami juga dilarang merujuk dengan maksud jahat seperti untuk menyakiti atau menganiaya isteri yang hendak dirujuk.
This is the precise weblog for anybody who needs to seek out out about this topic. You notice so much its almost arduous to argue with you. You positively put a brand new spin on a subject that’s been written about for years. Nice stuff, simply nice!