Niat Puasa:
Rukun Puasa:
1. Niat: Malam hari bagi puasa Ramadan dan puasa wajib seperti puasa nazar, kafarah dan qada’ ..Adapun puasa sunat boleh berniat sebelum gelincir matahari asalkan belum melakukan perkara-perkara membatalkan puasa.
2. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Syarat Wajib Puasa:
1. Orang islam:Non muslim tak wajib puasa
2. Sudah Baligh:Kanak-kanak tidak wajib puasa
3. Berfikiran waras:Orang gila tidak wajib puasa
4. Mampu berpuasa:Orang sakit\uzur yang penyakit atau keuzuran tersebut menghalang mereka dari berpuasa,maka mereka tidak wajib untuk berpuasa.Dalam erti kata yang lain,orang yang ditimpa penyakit yang merbahaya atau orang tua yang lemah tidak wajib berpuasa.
5. Bermukim – orang yang dalam perjalanan (bermusafir) lebih dari dua marhalah tidak diwajibkan berpuasa,tetapi wajib qada..
Syarat Sah Puasa:
1. Islam : TidaK sah orang kafir atau murtad
2. Berakal dan Mumayyiz: Tidak sah puasa orang gila dan pengsan sepanjang hari
3. Suci daripada haid&nifas : Tidak sah puasa perempuan haid dan nifas
3. Niat sebelum terbit fajar:Tidak sah orang yang tidak berniat pada waktu malam(sebelum masuk waktu subuh)..Adapun puasa sunat harus niat sebelum gelincir matahari dgn syarat selepas subuh tidak melakukan sesuatu yang
membatalkan puasa..Bagi puasa Ramadhan eloklah malam pertamanya diniatkan puasa 1 bulan(ikut mazhab lain)namun wajib juga niat pada setiap malam..tujuan niat sebulan sebagai ihtiyati(berjaga-jaga)kalau-kalau dalam 1 malam kita terlupa untuk berniat..
4. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa:Tidak sah jika melakukan perkara-perkara membatalkan puasa.
5. Berpuasa pada hari yang diharuskan : Tidak sah dan haram berpuasa pada hari yang dilarang iaitu Id al-Fitr,id adha,Hari Tasyriq dan hari syak.
Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa:
1. Makan dan minum dengan sengaja (ijmak ulama) berdalilkan ayat Allah yang bermaksud:
“…maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu,dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu waktu fajar.Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)…”.
(al-Baqarah; 187)
Demikianlah juga menghisap rokok dan yang seumpamanya,batallah puasa.
2. Bersetubuh dengan isteri pada pada siang hari bulan Ramadhan walaupun tanpa keluar mani (ijmak ulama) dengan sengaja.
Siapa yang bersetubuh disiang ramadhan maka puasanya (suami&isteri) batal, wajib qada’ dan suami wajib membayar kifarah.
Kifarahnya ialah:
1. Merdekakan seorang hamba yang beriman ataupun
2. Berpuasa dua bulan berturut-turut ataupun
3. Memberi makan sebanyak 60 cupak beras ataupun seumpamanya kepada 6o orang miskin.
4. Muntah dengan sengaja walaupun sedikit (berdasarkan pandangan Imam Malik dan Syafi’ie) berdalilkan hadis Nabi s.a.w.: “Sesiapa yang terpaksa muntah,maka (tidaklah batal puasanya dan) ia tidak wajib mengqadha’ dan sesiapa yang sengaja muntah,maka (batallah puasanya dan) ia wajib mengqadhanya”
(HR Imam Abu Daud,Tirmizi,an-Nasai dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).
5. Kedatangan haid dan nifas (ijmak ulama) wanita apabila kedatangan haid atau nifas,maka batallah puasanya dengan sendirinya.Demikian juga wiladah..Kemudian wajib ia menggantikan puasanya pada hari-hari lain di luar Ramadhan..
6. Mengeluarkan air mani dengan perbuatan secara lansung yang disengajakan seperti mengeluar dengan tangan (sama ada tangan sendiri atau tangan isteri),bercium atau berpelukan dengan isteri dan sebagainya..Adapun jika keluar mani kerana melihat atau berfikir/khayal,tidaklah membatalkan puasa kerana ia seumpama mimpi..Namun begitu perbuatan tersebut adalah makruh.Begitu juga,jika yang keluar adalah air mazi,tidaklah membatalkan puasa…
7. Memasukkan sesuatu bukan makanan melalui saluran terbuka yang menyampai ke rongga perut..Maksudnya memasukkan melalui mulut atau hidung..Perkara ini membatalkan puasa mengikut mazhab Syafi’ie,Malik dan jumhur ulama dengan mengkiaskannya kepada makanan dan minuman.
8. Memasukkan ubat melalui lubang dubur,membatalkan puasa mengikut jumhur ulama(termasuk mazhab syafie)kecuali Imam Malik (mengikut satu pandangannya) dan Imam Daud..
9. Menitikkan air atau ubat ke dalam lubang telinga dan lubang kencing membatalkan puasa menurut Imam Syafi’ie..Begitu juga,menyedut ubat melalui hidung..
10. Pengsan sepanjang hari akan membatalkan puasa dengan disepakati sekelian ulama..Adapun tidur sepanjang hari tidak membatalkan puasa dengan ijmak juga.
11. Gila :Jika seseorang itu menjadi gila walaupun sebentar,batallah puasanya kerana ia telah hilang darinya kelayakan untuk beribadah.
12. Berbuka puasa dalam keadaan syak sama ada sudah terbenam matahari ataupun belum.
13. Murtad.