Beguk

bengkak di pipi

Pernah tak anda terkena Beguk?

Saya rasa masa kecil-kecil dulu macam pernah juga terkena Beguk ni..Tapi tak pastilah,yang pasti abang saya memang pernah terkena Beguk..Masa tu Mak rawat Beguk dengan menggunakan nila+cuka..

Apa pun saya nak kongsi disini maksud Beguk dalam perubatan modern..

Beguk ialah:

“Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus.Ia menyebabkan pembengkakkan dan rasa sakit pada kelenjar parotid.”

Beguk ni mudah berjangkit tau..Virus boleh merebak melalui titisan dari mulut,hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti Beguk mengalami bersin atau batuk..

Jangkitan virus Beguk ni mula merebak selepas 3 atau 4 hari selepas bembengkakan bermula.

Petua Merawat Beguk :

Saya google petua merawat Beguk sama dengan cara mak saya.. yelah petua orang-orang tuakan..

Caranya ialah dengan mengambil cuka dan dicampurkan sedikit nila..Tahukan nila warna biru yang kita rendam baju putih tu..Kemudian dah kacau-kacau cuka dan sedikit nila tu sapukan pada bahagian Beguk..Insya Allah dalam masa 2 hari beguk akan hilang…

2 thoughts on “Beguk”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top