Bismillah… Suatu hari isteri Baginda Rasulullah s.a.w Saidatina ‘Aisyah r.a. menunggu kepulangan baginda untuk membukakan pintu sehinggalah lewat malam… Kerana lama menunggu,Aisyah r.a. tertidur… Rasulullah S.A.W. pulang lalu memberi salam,serta mengetuk pintu hingga tiga kali,tetapi Aisyah tidak tersedar,lalu Rasulullah S.A.W. tidur di luar rumahnya…
Menjelang fajar,Aisyah terbangun daripada tidurnya lalu merasa hairan kerana Rasulullah masih belum pulang… Tetapi apabila beliau membuka pintu,alangkah terkejutnya Aisyah apabila melihat Rasulullah tidur di luar rumah…Aisyah terus meminta maaf,tetapi Rasulullah S.A.W. ternyata tidak marah dan tidak menyalahkan Aisyah atas kejadian itu..Begitulah perihal sikap Rasulullah S.A.W….
Rasulullah s.a.w tidak menyusahkan isterinya dengan terus mengetuk pintu dan memberi salam sehingga Aisyah bangun membuka pintu..
Rasulullah tidak marah-marah Aisyah pada keesokkan harinya kerana Aisyah tidak bangun untuk membuka pintu buat Rasulullah..
Tapi segelintir suami hari ini bila si isteri masak nasi mentah atau terlalu lembik ditengking isterinya.Jika isteri terlewat siap masak dimarahnya..Bahkan ada yang lebih teruk sanggup mencampakkan makanan melepaskan marah kesalahan isteri yang tidak disengajakannya..
Ada juga antara suami yang bukan sahaja memaki isteri bahkan sampai sanggup memukul isteri semata-mata kerana perkara kecil seperti contoh yang saya sebutkan tadi..malah mendabik dada kerana merasakan diri mereka “berkuasa”…
Yang peliknya ketika marah di waktu siang isteri diperlakukan seperti binatang tapi bila tiba malam boleh pula berlembut minta dilayan…
Wahai para suami BACALAH SIRAH NABI S.A.W..kisah kehidupan Nabi s.a.w.untuk kita jadikan contoh dan teladan..
Manusia mana lagi yang lebih layak untuk kita jadikan contoh dan teladan dalam segala hal termasuk perkara-perkara yang berkaitan dengan rumah tangga kalau bukan Muhammad Rasulullah s.a.w yang merupakan sebaik-baik suami,sebaik-baik pemimpin keluarga,sebaik-baik pemimpin negara,sebaik-baik manusia bahkan sebaik-baik makhluk…
wahai para suami hargailah pengorbanan isteri-isteri anda..Pejamkan mata anda dan fikirkan sejenak apakah jasa-jasa isteri anda terhadap anda dan anak-anak anda..Mereka bersusah payah mengandungkan anak-anak anda selama 9 bulan..mereka bersabung nyawa demi melahirkan anak-anak sebagai penyambung zuriat keturunan anda..Bila anak meragam atau nakkan susu di tengah malam bukankah mereka yang lebih banyak bangun berbanding anda?Bukankah jika anak anda tidak sihat merekalah yang lebih banyak menemani anak-anak berbanding dengan anda?Jika anda tidak sihat bukankah mereka setia merawat dan melayan anda?
Jika anda bekerja mulai jam 8 pg dan habis mungkin jam 6 ptg,bukankah kerja si isteri anda dari awal pagi sehinggalah di malam hari?Awal pagi sibuk menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah,menggosok baju anda dan anak-anak yang nak ke sekolah,menyediakan sarapan dan kemudian mengemas rumah,basuh pakaian,melayan anak anda yang masih kecil dengan memandikannya,menyuapkannya makan dan menidurkannya…Kemudian masak untuk makan tengah hari pula..Bila anak-anak pulang dari sekolah melayan mereka pula,kemudian sambung pula membasuh pinggan..Bila anda pulang dari kerja menyambut dan menghidangkan makan untuk anda..Malam pula memastikan anak-anak menyiapkan kerja sekolah..Itu belum lagi ketika anak kecil meragam..Ditambah lagi nak melayan ragam anda…
Itu bagi suri rumah..Bagi isteri yang bekerja pula,mereka siang di tempat kerja..Bila petang pulang rumah sibuk pula melayan anda dan anak-anak..Bahkan mereka membantu meringankan beban kos perbelanjaan rumah tangga..
Tidakkah semua ini merupakan pengorbanan dan ehsan seorang isteri kepada suaminya?
Jika anda benar-benar memahami jasa dan pengorbanan isteri terhadap anda pasti anda akan melayan mereka dengan baik..pasti anda akan sentiasa berlaku ehsan terhadap mereka,pasti anda menghargai mereka,pasti anda akan turut sama membantu meringankan bebanan isteri di rumah..
Hayati dan contohi bagaimana akhlak Rasulullah s.a.w terhadap isteri-isterinya..
Rasulullah s.a.w kalau ada pakaian yang koyak,Baginda akan menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya..
Rasulullah s.a.w bila di rumah Baginda akan membantu ahli kelurganya melakukan kerja-kerja rumah
Dalil:
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam pernah bersabda:“Orang beriman yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik akhlaknya adalah orang yang paling baik terhadap isterinya” (Riwayat At-Tirmidzi)
Dalam sebuah hadis yang lain, yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dalam kitabnya Asy-Syamail, Aisyah r.a. berkata yang maksudnya: Rasulullah SAW itu adalah seorang manusia biasa, Baginda menjahit sendiri bajunya, memerah sendiri susu dari kambingnya, dan melakukan sendiri perkara yang diingininya.
Imam Ahmad pula meriwayatkan dari Aisyah r.a., yang maksudnya: Rasulullah SAW menjahit sendiri bajunya,memperbaiki sendiri sepatutnya,dan buat seperti apa yang dibuat oleh lelaki lain di rumah mereka.
coretan yang tidak seberapa ini adalah sebagai muhasabah dan tazkirah buat mereka yang bergelar suami..Semoga anda lebih menghargai dan berlaku ehsan kepada isteri-isteri anda..semoga anda menjadi suami terbaik kepada isteri tercinta..semoga anda beriltizam untuk mencontohi dan meneladani akhlak Rasul s.a.w terhadap ahli keluarga Baginda..
Firman ALLAH SWT di dalam Surah Al Ahzab ayat 21 ertinya: “Sesungguhnya pada diri Rasul Allah (Muhammad) ada contoh teladan yang baik bagimu,iaitu bagi orang yang mengharapkan (pahala) Allah dan hari kemudian,serta ia banyak mengingati Allah (zikrullah)..”…
Trackbacks/Pingbacks