Keluarga Umar Ibn Al-Khatab r.a

buku-umar-bin-khattab

Para ulama Hadis dan sirah antaranya Imam Ibnu al-Jauzi telah menulis sejarah hidup Saidina Umar ibn al khatab..Mereka telah merekodkan senarai isteri-isteri Saidina Umar r.a dan anak-anaknya serta hamba sahayanya..Sebahagiaan anak-anak Umar r.a lahir dari isteri-isterinya dan sebahagian lain lahir dari hamba sahayanya..

Isteri-Isteri Saidina Umar Ibn Al- Khatab:

1. Zainab binti Maz’un..Dengan Zainab ini Saidina Umar r.a telah mendapat tiga orang anak iaitu Hafsah,Abdullah dan Abdul Rahman.

2. Atikah binti Zaid bin Amar bin Nufail.Dengannya beliau mendapat seorang anak lelaki bernama ‘lyadh.

3. Isteri yang ketiga ialah Jamilah binti Tsabit bin Aflah. Dengannya beliau mendapat seorang anak lelaki bernama ‘Aasim.

4. Ummul Hakam binti al-Harits bin Hisyam.Dengannya beliau mendapat anak perempuan bernama Fatimah.

5. Ummul Kultsum binti Jarwal bin Malik.Dengannya beliau mendapat dua orang anak bernama Ubaidullah dan Zaid al-Akbar.

6. Ummul Kultsum binti Ali bin Abi Talib.Dengannya beliau mendapat dua orang anak bernama Zaid al-Ashghar dan Ruqayyah.

7. Daripada hamba sahayanya yang bernama Fukayyah dan Luhayyah Saidina Umar r.a juga telah mendapat anak.Dengan Fukayyah dia mendapat anak perempuan bernama Zainab dan dengan Luhayyah beliau mendapat anak bernama Abdul Rahman al-Ausath dan Abdul Rahman al-Ashghar..

Anak-Anak Saidina Umar Ibn Al-Khatab:

Lelaki:

1. Abdullah

2. Abdul Rahman al-Akbar

3. Abdul Rahman al-Ausath

4. Abdul Rahman al-Ashghar

5. Zaid al-Akbar

6. Zaid al-Ashghar

7. Ubaidullah

8. ‘Aasim

9. ‘lyadh

Perempuan:

1. Hafsah

2. Ruqayyah

3. Fatimah

4. Zainab

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top