Select Page

syeikh

 1. Kenapa kita perlu merasa angkuh dan sombong dengan kelebihan yang ada pada kita,sedangkan kita dahulu berasal dari air mani yang kotor lagi hina..

2. Penyakit umat islam sekarang adalah malas,kerana dengannya segala-galanya tertangguh..

3. Sesiapa Yang Menjaga Pandangan Mata,Maka Dia Akan Dianugerahkan Kemantapan Hati..

4. Jangan Angan-angan Hanya Setinggi Gunung Sahaja. Beranganlah Setinggi Langit Bersama Dengan Usaha Yang Tidak Pernah Lelah..

5. Apabila kita berada di dalam Masjid maka putuslah kita dengan dunia luar.Sama juga pemain bola tidak akan membawa telefon bimbit ke dalam padang bola,jadi tinggalkanlah telefon di rumah atau matikan terus ketika di masjid.Agar kita khusuk dalam ibadah..

6. Pesawat tidak akan mendarat jika landasannya dipenuhi dengan batu-batuan, kayu-kayuan dan kawasan yang mempunyai tunggul yang berselerak. Begitu juga dengan ilmu,ia tidak akan singgah pada hati yang kotor.

7. Apa ertinya kita hidup bebas sedangkan hati kita terpenjara dengan hawa nafsu yang mencegah kita daripada mengingat ALLAH SWT..

8. Di akhirat nanti manusia akan dikumpulkan bersama orang yang dia cintai.Barangsiapa yang menjadikan para artis,pemain bola atau alim ulama yang lebih dicintai semasa hidup didunia,kelak nanti di akhirat kamu akan bersama mereka yang kamu cintai..

9. Sembunyikan kebaikanmu seperti mana kamu menyembunyikan keburukanmu..

10. Apa erti badan yang sihat dan rupa yang cantik,sedangkan belum terjamin keselamatannya dari dijilat api neraka..

11. Jangan terkejut bila di Akhirat nanti kamu akan berkumpul dgn artis yg kamu kenali. Dan jika kamu bertanya kenapa, kerana di dunia kamu terlalu mencintai mereka..

12. Kalau kita tidak pernah menangis, maka menangislah kerana kita tidak pernah menangis..

13. Biar kelu dalam ucapan atau kaku dalam ceramah, tetapi jangan kelu dalam mebaca al-Quran dan kaku dalam mengerjakan ibadah..

14. Tiada sesuatupun yang dijadikan Allah itu sia-sia. Apa sahaja yang ditaqdirkan berlaku tersirat hikmah dan tujuan yang tertentu yang tidak difahami oleh akal manusia..

15. Gigih beribadah diwaktu muda membawa kesan rohani di waktu tua..