Solat Bermanfaat Kepada Ibu Hamil, Merbahaya Bagi Wanita Haid

solat

 

Solat merupakan salah satu ibadah yang paling utama dalam islam, ibadah ini merupakan ibadah yang akan dihisab pertama kali di akhirat kelak. Kewajipan ibadah ini sangat penting bagi manusia kerana ianya mengingatkan kita kepada-Nya dan berdoa kepada-Nya. Bahkan solat ini sangat bermanfaat kepada ibu-ibu yang hamil. Walhal, merbahaya bagi wanita yang haid.

Ketika wanita melaksanakan solat, dalam gerakan rukuk dan sujud akan meningkatkan peredaran darah ke rahim. Hal ini kerana sel-sel rahim memerlukan banyak darah agar janin mendapat qizi. Tetapi bagi wanita haid, jika mereka menunaikan solat akan menyebabkan banyak darah mengalir ke rahimnya. Hal ini akan mengakibatkan kehilangan banyak darah bersih kerana darah tersebut akan keluar bersama darah haid. Semasa haid, wanita kehilangan darah sebanyak 34 mililiter. Jika wanita haid menunaikan solat, zat immune di tubuhnya akan hancur, disebabkan sel darah putih berperanan sebagai immmune akan hilang terbawa bersama darah haid.

Jika seorang wanita solat ketika haid, maka ia akan kehilangan darah dalam jumlah yang banyak, ini bermaksud wanita juga akan kehilangan darah sel putih. Jika masalah ini berlaku, maka seluruh organ tubuhnya seperti buah pinggang dan otak akan diserang penyakit. Inilah hikmah besar di sebalik larangan wanita haid untuk tidak melaksanakan solat hingga ia suci. Dalam Al-quran ada menyebut “Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah : “Haidh itu adalah suatu kotoran.” Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka. sebelum mereka suci.” (Al-Baqarah:222)

Malahan, secara fiziknya gerakan rukuk dan sujud menambah aliran darah ke rahim. Dan jika wanita haid solat akan menyebabkan kekurangan zat logam dari tubuh mereka. Dari Abu Said Al-Hudri, Rasulullah saw bersabda ” Bukanlah jika seorang wanita haid ia tidak solat dan tidak puasa ?” (HR Bukhari dan Muslim)

Dari Aisyah, Rasulullah saw bersabda, ” Kami diperintahkan untuk mengqada puasa dan tidak mengqada solat. ”

Betapa banyak tanda-tanda Allah swt berikan umat manusia supaya berfikir. Disini dapat dilihat betapa Allah swt menciptakan wanita itu istimewa dan begitu penyayangnya Allah terhadap umatnya sehingga segala hal yang diperintahkan oleh-Nya pasti ada hikmah di sebalik semuanya. Wallahu’alam.

1 thought on “Solat Bermanfaat Kepada Ibu Hamil, Merbahaya Bagi Wanita Haid”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top