Select Page

masjid nabawi akan dihancurkan - un1x project - munsypedia

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رضي الله عنهما قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :

( مَنْ اسْتَطَاعَ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَمُتْ بِهَا ؛ فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ يَمُوتُ بِهَا )

رواه الترمذي (رقم/3917) وقال : حسن صحيح غريب . وصححه النسائي في ” السنن الكبرى ” (1/602)، وصححه ابن عبد الهادي في ” الصارم المنكي ” (ص/96)، والشيخ الألباني في ” السلسلة الصحيحة ” (6/1034)

Ertinya: Dari Ibn Umar r.a. berkata: Bersabda Rasulullah SAW:”Siapa yang berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah,maka meninggallah di sana kerana aku akan memberi SYAFAAT kepada mereka yang mati di sana.

(Riwayat Tirmizi,al-Nasaii dan disahihkan oleh al-Albani)

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي شَهَادَةً فِي سَبِيلِكَ وَاجْعَلْ مَوْتِي فِي بَلَدِ رَسُولِكَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Dari Umar RA bahawa beliau berdoa : Ya Allah,kurniakanlah aku syahid di jalanmu,matikan aku di Negeri Rasulmu SAW (Madinah)

(Hadis riwayat Bukhari)

baqi6_0004

Ketika hayat Rasulullah s.a.w,Baginda selalu menziarahi perkuburan al Baqi’ dan mendoakan keampunan Allah untuk penghuninya.Antara hadis tentang ini adalah ‘Aisyah r.a. menceritakan Rasulullah s.a.w. setiap kali bermalam di rumahnya,baginda akan keluar menuju ke perkuburan al-Baqi’ pada saat hujung malam dan baginda mengucapkan;

السَّلامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنينَ، وَأتاكُمْ ما تُوعَدُونَ، غَداً مُؤَجَّلُونَ، وَإنَّا إنْ شاءَ اللَّهُ بِكُمْ لاحقُونَ؛ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لأهْلِ بَقِيعِ الغَرْقَدِ
“Selamat sejahtera ke atas kamu para penghuni kediaman kaum yang beriman. Telah datang kepada kamu apa yang dijanjikan untuk kamu. Kami –Insya Allah- akan mengekori kamu. Ya Allah! Kurniakanlah keampunan untuk para penghuni perkuburan Baqi ini” (HR Imam Muslim).

Di perkuburan al-Baqi’ dikebumikan lebih 10 ribu sahabat,antaranya:Saidina Usman,isteri-isteri Nabi (selain Khadijah dan Maimunah),anak-anak Nabi (Fatimah, Ruqayyah,Ummi Kaltsum dan sebagainya),cucu Nabi (al-Hasan bin Husain) dan ramai sahabat lagi.Termasuklah Ulama-ulama soleh seperti Syeikh al azhar Said Tontowi..Menziarahinya merupakan suatu sunnah Nabi s.a.w. sebagaimana hadis tadi.