Sebuah keluarga yang diredai Allah s.w.t. ialah keluarga yang mendapat hidayah mencurah-curah. Apakah jalan yang perlu
dilakukan untuk mendapat hidayah Allah s.w.t.?
Patuh Suruhan Allah dan Tinggalkan Larangannya
Ini merupakan asas utama untuk mendapat hidayah Allah s.w.t., seterusnya membentuk sebuah keluarga yang diredai Allah s.w.t. Bagaimanakah caranya kita hendak patuh kepada suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya?
Caranya, beramal dengan segala isi kandungan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Sesiapa yang beramal dengan kedua-dua sumber syariah islamiah ini akan bahagia bukan sahaja di dunia, bahkan di akhirat nanti akan beroleh nikmat yang tidak pernah dirasai di dunia.
Ini semua semestinya perlu bermula daripada diri ibu bapa itu sendiri. Kemudian didik anak-anak melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala tegahannya. Perhatikan setiap gerak-geri anak-anak supaya mengamalkan apa yang disuruh dan tidak melakukan apa-apa yang dimurkai Allah.
Lakukan Aktiviti Secara Bersama (Berjemaah)
Berjemaah amat penting dalam Islam dan hidup seseorang insan. Manusia tidak mampu hidup sendirian walaupun dia seorang nabi. Contohnya, Nabi Adam a.s. berhajatkan Hawa sebagai teman hidupnya.
Konsep hidup berjemaah atau bermasyalakat amat penting dalam pelbagai cabang ilmu seperti sosiologi, akhlak, sains politik dan lain-lain lagi. Sekiranya tiada masyarakat, maka cabang ilmu tersebut tidak akan wujud . Contoh yang paling praktikal adalah dengan mewujudkan budaya melakukan aktiviti secara bersama seperti dengan solat berjemaah. Ibu bapa patut melatih anak-anak mereka solat berjemaah kerana melalui solat, si ayah dapat melatih anak mentaatinya. Solat berjemaah simbol ketaatan kepada seorang ketua. Makmum mesti mengikut setiap gerak laku dalam solat yang diketuai oleh imam.
Dengan itu, anak-anak lebih mudah mendengar nasihat dan teguran ayah. Si ayah juga boleh menyampaikan tazkirah usah solat berjemaah dan secara tidak langsung dapat menegur tingkah laku anak-anak. Ibu bapa juga boleh menyuruh anak-anak menyarfipaikan tazkirah ringkas kepada ahli keluarga. Tazkirah ini tidak semestinya terlalu ilmiah, memadailah anak menyampaikan apa-apa yang telah dipelajarinya di sekolah. Ini dapat membina ciri-ciri kepimpinan dalam diri anak-anak sekali gus dapat mewujudkan budaya suka akan ilmu dalam keluarga tersebut. Selain itu, solat berjemaah juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan antara ahli keluarga, di samping boleh berbincang pelbagai perkara selepas solat berjemaah.
Baca al-Quran Setiap Hari
Ibu bapa perlu mewujudkan budaya membaca al-Quran setiap hari dan ini perlu bermula daripada did ibu bapa itu sendiri. Pastikan anak-anak dilatih membaca al-Quran dari kecil lagi kerana otak kanak-kanak masih fresh ibarat kain putih dan mudah menerima apa-apa sahaja yang diajar.Sekiranya ibu bapa tidak mampu mengajar anak-anak membaca al-Quran, carilah guru untuk mengajar atau hantarlah mereka ke mana-mana kelas atau institusi pengajian al-Quran yang bersesuaian.Al-Quran merupakan mukjizat besar Junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran kaya dengan ilmu yang sampai sekarang belum diteroka sepenuhnya oleh manusia. Al-Quran juga merupakan ubat sama ada bagi penyakit fizikal mahupun penyakit rohani atau mental seperti resah dan gila. Al-Quran jika selalu dibacaakan memberikan ketenangan kepada pembacanya dan melembutkan hati kita untuk melakukan ibadah kepada Allah.
Seorang sahabat balk penulis yang merupakan seorang guru memberitahu bahawa beliau mengamalkan membaca al-Quran kepada anaknya yang menghidap Sindrom Down. Alhamdulillah, dengan keberkatan al-Quran dan izin Allah, anak-
nya mampu hidup berdikari seperti anak- nya mampu hidup berdikari seperti anak- anak biasa.
Seronok Serta Gembira Menerima Tetamu dan Meraikan Tetamu
Masyarakat dahulu kala memang terkenal dengan sikap memuliakan tetamu. Hatta masyarakat Quraisy yang terkenal dengan pelbagai tabiat buruk seperti minum arak, menanam anak perempuan hidup-hidup, berjudi dan sebagainya pun mempunyai sifat yang boleh dipuji iaitu memuliakan tetamu.Tetamu dianggap begitu mulia oleh mereka sehinggakan rnereka sanggup menyembelih haiwan ternakan bagi menyediakan juadah yang lazat kepada tetamu walaupun baru mengenali tetamu yang bertandang. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Apabila tetamu masuk ke dalam rumah, ia masuk bersama rezekinya. Apabila ia keluar, ia kelura bersama keampunan dosa tuan rumah.”(Riwayat al-Dailami)
Menyebarkan Salam Walaupun Rumah Kosong
Pernahkah kita mengamalkan memberi salam sebelum masuk ke rumah? Kalau jawapan anda ya, alhamdulillah. Anda ibu bapa teladan kepada anak-anak. Tetapi adakah anda melatih anak anda memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah? Jika jawapan anda tidak, maka mulalah bertindak sekarang.
Sekiranya kita ingin menjadi sebuah keluarga yang diredai oleh Allah, maka amalkan memberi salam sebelum masuk ke rumah. Ini boleh menjauhkan syaitan dari rumah kita kerana syaitan tidak dapat memasuki rumah apabila kita memberi salam terlebih dahulu.
Bukan itu sahaja, ibu bapa juga perlu amalkan memberi salam sebelum masuk ke bilik anak-anak supaya anak-anak terbiasa dengan budaya memberi salam.
Anak akan rasa diri dihormati. Secara tidak langsung akan meningkatkan rasa hormat anak-anak terhadap ibu bapa.
Wujudkan Suasana Sentiasa Menasihati
Sebagai ibu bapa, menasihati anak-anak adalah antara tanggungjawab kita yang sama sekali tidak boleh diabaikan. Lihat
bagaimana Luqman al-Hakim memberi nasihat kepada anaknya:
Wahai anakku:
1. Jangan mensyirikkan Allah kerana syirik adalah sebesar-besar kezaliman.
2. Taatilah dan berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa. Allah akan membalas semua amalan walaupun sebesar biji sawi.
3. Dirikanlah solat.
4. Ajak manusia ke arah kebaikan dan tegahlah mereka daripada melakukan kemungkaran.
5. Bersabar terhadap apa yang menimpa kamu.
6. Jangan bangga diri.
7. Sederhanalah dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu kerana seburuk-buruk suara ialah suara keldai.
Inilah contoh nasihat seorang bapa yang bijaksana, yang menasihati anaknya secara hikmah sehingga terekod dalam al-Quran dalam surah Luqman ayat 13 hingga 19. Nasihat kita terhadap anak-anak perlu berdasarkan keadaan semasa dan keadaan anak itu sendiri.
Seorang ayah boleh menasihati anak remajanya seperti:
1. Jangan takut melakukan kesilapan.
Bagaimanapun, pastikan jangan sampai tiga kali mengulangi kesilapan yang sama.
Sekiranya sampai tiga kali, maka janganlah lebih tiga kali.
1. Bertindak rasional, jangan bertindak mengikut emosi.
2. Nilaikan perkara-perkara berikut sebelum memilih kerjaya yang akan diceburi:
3. Sesuaikan kerjaya yang dipilih dengan minat.
4. Adakah kerjaya yang dipilih mempunyai pasaran pekerjaan yang luas?
Guru, doktor, atau peguam antara kerjaya yang dilihat profesional. Bagaimanapun, kerjaya tukang masak boleh menjadi
profesional jika tahu caranya.