Zaman jahiliah bukanlah suatu zaman yang yang khusus dalam sejarah. Ia sebenarnya sesuatu keadaan yang berlaku apabila hukum-hakam dan syariat yang berhubung dengan kehidupan ditentukan mengikut kehendak hawa nafsu manusia serta terpisah daripada kaedah dan syariat yang ditetapkan Allah. Jika sesuatu zaman dan tempat mempunyai ciri ini, ia menepati ciri-ciri jahiliah. (Said Hawa, al-Asas fi al-Tafsir, jil. 3, hlm. 1412)
Oleh sebab itu, jahiliah tidak wujud hanya pada zaman sebelum kebangkitan Nabi, sebaliknya ia juga wujud pada era teknologi dan globalisasi pada hari ini. Jika diperhatikan sifat dan sikap negatif jahiliah semakin menular dalam masyarakat Islam kini. Islam sentiasa merentasi masa dan zaman.
zaman jahiliah berkurun lamanya berugamakan parti.