Jangan Buang Gula-gula Getah (chewing gum) Merata-Rata

burung mati

Burung itu (dalam gambar) mati kerana termakan  chewing gum yang dibuang oleh manusia..Burung tu ingat chewing gum itu roti.Bila dia makan sistem tubuh burung tersebut terganggu dan sukar untuk burung tersebut makan atau minum..Ia akan mati perlahan lahan..

Boleh jadi burung yang menjadi pasangan\rakan kepada burung yang mati itu sedang meminta tolong tapi tidak ada dikalangan manusia yang memahami bahasanya..

Bayangkan burung tersebut adalah anak atau adik atau pasangan anda..Apa perasaan anda bila lihat anak atau adik atau pasangan anda dalam situasi begini?Panik?Tak tau nak buat apa ?Nangis?

Jelas walaupun haiwan tidak ada akal tapi mereka punya perasaan..Manusia pula diberi akal tapi kadang-kadang tidak punya perasaan..Sehingga dikalangan manusia itu ada yang lebih binatang dari binatang.

p\s:Jangan buang chewing gum dimerata-rata tempat..Buang lah di tong\bakul sampah..Demikian juga dengan sampah-sampah..Jagalah kebersihan..

Lihat video dibawah akibat membuang chewing gum merata-rata :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top