Kaedah Usul Feqh :
“kerosakkan kecil dibolehkan untuk mendapatkan maslahah (kebaikkan) yang besar..
Dari kaedah ini ia menjawab status hukum penggunaan Facebook
Kita tidak menafikan dengan Facebook ini ia boleh mengundang mafsadah(kerosakan) seperti melalaikan,pendedahan aurat,namimah,membuka aib dan lain-lain lagi…
Namun kita melihat mafsadahnya lebih kecil berbanding maslahahnya(kebaikkan) yang lebih besar buat umat islam sedunia…
Samalah seperti menggunakan google dan yahoo..Padanya ada kebaikkan dan padanya juga ada keburukan atau kerosakan..Semuanya dihukumkan harus selagi mana digunakan untuk perkara-perkara yang dibenarkan oleh syarak..Ulama kiaskan seperti penggunaan pisau..Pisau jika digunakan untuk memotong buah,bawang,tali dan untuk potong kek hukumnya harus tapi kalau guna pisau untuk melukakan atau menikam orang maka hukumnya haram..Demikianlah juga dengan facebook..
Antara Kebaikkan Facebook:
Dengan Facebook kita boleh mendapat banyak ilmu dan maklumat.
Dengan Facebook kita boleh berdakwah dan berkongsi ilmu
Dengan Facebook kita dapat berhubung dengan ahli keluarga dan kenalan yang berada jauh.
Dengan facebook kita dapat bersilaturrahim.
Dengan Facebook kita dapat melihat dan mengenali negara-negara luar dari segi adat dan budaya mereka,tempat-tempat yang menarik dan lain-lain lagi.
Dengan Facebook kita boleh menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan.
Dengan Facebook kita boleh menjatuhkan kezaliman seperti mana yang berlaku di Mesir..Antara faktor kejayaan revolusi mesir adalah facebook.
Tapi facebook ni kan produk ciptaan yahudi…
Kita jawab…
Tidak ada halangan syarak menggunakan produk ciptaan Yahudi MELAINKAN terbukti keuntungannya disumbangkan kepda Yahudi Zionis laknatullah… Andaian semata-mata seperti yg digembar-gemburkan sebelum ini tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram…
Antara dalil keharusan bermuamalah dengan orang yahudi ialah :
أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ
Biarkan Mark Zucherberg sebagai pencipta facebook ini..Kita pula memperalat ciptaannya ini untuk menyampaikan ilmu,dakwah dan tarbiah Islam..Seperti mana dengan dunia..Jangan sesekali kita terpedaya dan lalai dengan dunia dan jangan pula kita terus meninggalkannya,tapi hendaklah kita memperalatkan dunia untuk mencapai akhirat.
Kata Imam Yusuf Qaradawi dalam kitabnya Fiqh Jihad :
Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan suatu jihad utama,sedang jihad itu adalah fardhu..
Dalil tambahan tentang keharusan menggunakan facebook adalah para ulama antarabangsa sendiri menggunakan facebook..
Wallahu a’lam..
Gunakanlah Facebook sebagai medan untuk berdakwah,bukan tempat membuang masa dan melakukan perkara-perkara yang tak berfaedah lebih-lebih lagi memfitnah atau membuka aib orang,semua ini akan mengundang dosa kepada si pelaku tersebut…
Gunalah Facabook sebaik-baiknya yang bararah kepada kebaikkan
nice sharing…
kna guna utk kebaikan…
Bergantung pada penggunaa induvidu, ada baik ada buruk
jangan gunakan utk sebar fitnah yg tak pasti tukan bahaya juga.
Tapi Facebook kalau guna cara yang baik, ianyallah akan baik jadinya, tapi keburukkan lebih banyak dari kebaikkan, hehe
Semua benda atau perkara ada saja yang buruk jahatnya bro, kalau dah niat tu memang jahat maka jahatlah jadinya..
Terima kasih kongsikan..hehe..