Bolehkah Suami Menyetubuhi Isterinya Dalam Tempoh Iddah?

muslimah-cantik

Jika seorang suami menceraikan isterinya dengan talak satu  atau talak dua maka secara automatik isteri masuk dalam waktu iddah.Si Isteri akan menjalani waktu iddah di rumah suaminya.Si isteri tetap tinggal bersamanya kerana ia masih berstatus isteri dalam perlindungan suami.

Jika si suami berhasrat menyetubuhinya maka menurut sebagian ulama hal itu merupakan tanda rujuk dan selesainya masa iddah isterinya.Sebahagian ulama lain berpendapat bahwa si suami wajib rujuk sebelum menyetubuhi isterinya. iaitu dengan mengucapkan kalimat rujuk.Misalnya dengan mengatakan: “Saya rujuk kepadamu,Saya kembali kepada si Fulanah”,dengan disaksikan dua orang saksi dari kalangan kaum muslimin.

Dengan lafaz seperti itu berakhirlah masa iddah,setelah itu ia boleh menyetubuhi isterinya bila saja ia mahu.Inilah cara yang paling selamat jika ia berhasrat menyetubuhi isterinya yang berada dalam masa iddah.

Adapun jika talaknya itu talak tiga,maka si isteri tidak boleh tinggal bersamanya.Si isteri harus keluar dari rumahnya dan tidak halal baginya hingga si isteri menikahi lelaki lain.Dan bila suami baru isterinya itu menceraikannya barulah ia boleh kembali kepada bekas isterinya itu dengan aqad yang baru pula.Wallahu a’lam..

Islam Tanya & Jawab

Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid

Nota:

-Jika seorang isteri diceraikan suami dengan talak 1 atau 2(talak bain) haram bagi wanita tersebut keluar dari rumah suami tanpa izin suami sepanjang tempoh iddah dan haram bagi suami menghalau isteri yang dicerai agar keluar dari rumahnya.Di dalam rumah isteri tidak wajib menutup auratnya dari dilihat oleh suaminya..Mereka cuma dilarang dari melakukan persetubuhan sahaja.

-Dalam mazhab imam as-syafie jika nak setubuh isteri dalam iddah wajib melafazkan kalimah rujuk seperti contoh di atas dan tidak perlu menghadirkan saksi ketika melafazkan rujuk.

8 thoughts on “Bolehkah Suami Menyetubuhi Isterinya Dalam Tempoh Iddah?”

  1. Pingback: Isteri-Isteri Rasulullah SAW | Kertas Paper

  2. Jika seorang isteri diceraikan suami dengan talak 1 atau 2(talak bain) haram bagi wanita tersebut keluar dari rumah suami tanpa izin suami sepanjang tempoh iddah dan haram bagi suami menghalau isteri yang dicerai agar keluar dari rumahnya.Kalau isterinya tidak mahu pulang, macammana.

  3. Bagaimana pula jika dalam eddah suami memaksa isteri untuk bersamanya …melakujan persetubuhan tanpa rela…adakah itu dikira tujuk????

  4. Bagaimana dalam edah suami memaksa untuk bersetubuh ? Adakan dikira rujuk kembali? Walaupn bersetubuh dlm keadAAN DIPAKSA @ TERPAKSA DLM ertikata bukan dlm keadAAN rela…

  5. IKUT IMAM SYAFII, kena rujuk semula dengan menyatakan rujuk kamu… dan bersertakan 2 saksi… jika masih dalah iddah suami menyetubuhi isteri nya yg dalam iddah tapi isteri tanya adakan kita akan rujuk semula tapi suami tidak mahu… mcm mana tu ye?

  6. Bagaimana pula jika dalam eddah suami isteri dengan rela untuk bersama melakukan persetubuhan tanpa lafaz rujuk adakah di kira rujuk

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top