Tips Keselematan Untuk Mengelak Dari Terkena Keracunan Ubat Secara Tidak Sengaja:
1.Elakkan dari mengambil ubat di hadapan kanak-kanak kerana mereka selalunya akan cuba meniru perbuatan orang dewasa
2.Jangan panggil ubat-ubatan sebagai “gula-gula”
3.Gunakan penutup botol jenis yang tidak dapat dibuka oleh kanak-kanak untuk menyimpan ubat dan produk kesihatan lain
4.Simpan kesemua ubat(preskripsi dan bukan-preskripsi)di dalam bekas asal masing-masing
5.Buka lampu ketika mengambil atau memberi ubat
6.Elakkan daripada membuang ubat ke dalam tong sampah yang tidak bertutup di dapur atau di bilik mandi
7.Semak tarikh luput ubat anda dari masa ke semasa.Sekiranya ubat anda tidak dilebel dengan tarikh luput,anda boleh membuat anggapan bahawa ubat tersebut akan luput dalam tempoh 6 bulan selepas anda beli
8.Berhati-hati dengan cara penyimpanan vitamin,terutamanya produk yang mengandungi zat besi kerana ia boleh menyebabkan keracunan jika diambil dalam dos yang tinggi
9.Sekiranya bekas ubat tidak mempunyai sebarang label,atau labelnya tidak jelas dan tidak dapat membaca cetakan atas label dengan jelas,jangan gunakan ubat berkenaan
10.Pastikan beg yang mengandungi ubat-ubatan disimpan jauh daripada kanak-kanak pada setiap masa
11.Sentiasa bersihkan kabinet ubat
Thanks untuk tips nya,,semoga bermanfaat juga buat para pembaca
Hi nice site……..
ada ubat, ubat batuk contohnya yang disimpan dalam peti sejuk juga harus berhati-hati…
terima kasih tip yang berguna ini.
tip yang menarik ni 🙂