Disini saya kongsikan koleksi-koleksi teknik putihkan gigi.
1- Untuk putihkan gigi anda, anda boleh amalkan minum air kosong selepas makan, ketika baru bangun tidur dan sebelum tidur. Air kosong boleh membersihkan kotoran–kotoran yang melekat pada gigi anda dan seterusnya membantu gigi anda untuk kekal putih.
2- Anda boleh makan buah–buahan dan sayur–sayuran untuk putihkan gigi. Buah seperti epal akan membebaskan jus apabila digigit yang akan memberi rawatan kepada gigi anda. Untuk jangka masa panjang, gigi anda sentiasa akan sihat dan putih.
3- Bagi gigi kuning dan anda ingin putihkan gigi anda, anda boleh campurkan air perahan limau dan garam. Campuran kedua–dua bahan itu anda sapu kepada berus gigi dan gosok gigi anda. Selepas itu, anda bilas gigi anda dengan berkumur. Akhir sekali, anda gosok gigi anda dengan ubat gigi yang ada unsur boleh memutihkan gigi anda. Lakukan amalan ini dua kali seminggu.
4- Gunakan gel pemutih gigi untuk putihkan gigi anda.
5- Tip putihkan gigi yang seterusnya adalah anda elakkan memakan buah yang berwarna gelap seperti ‘blueberry’ dan ‘blackberry’. Jika anda makan buah yang berwarna gelap, anda perlu gosok gigi selepasnya.
6- Elakkan makan makanan yang manis seperti aiskrim dan kek terlalu berlebihan. Jika anda makan, anda bersihkan gigi anda selepas itu.
7- Sentiasa gosok gigi anda sebanyak dua kali sehari. Jangan lupa untuk pilih berus gigi yang terbaik.
8- Gunakan flos untuk bersihkan gigi anda daripada kotoran–kotoran makanan setiap kali selepas anda makan.
9- Jangan gunakan pembasuh mulut terlalu kerap kerana ia boleh melemahkan gigi anda.
Untuk anda yang tidak boleh ikut teknik putihkan gigi di atas, ada satu cara lagi yang sangat mudah. Ketahui rahsia tersebut dengan download Ebook Teknik MUDAH Putihkan GiGi Dalam 20 Hari! Secara PERCUMA di Sini