Tiada Putih di Telapak Tangan Uwais

uwais-penggembala

Uwais al-Qarni merupakan seorang pemuda yang memeluk Islam semasa hayat Nabi Muhamads.a.w. Beliau berasal dari daerah Qaran di Yaman.
 
Uwais al-Qarni merupakan seorang pemuda yang memeluk Islam semasa hayat Nabi  Muhamads.a.w. Beliau berasal dari daerah Qaran di Yaman.
 
Walaupun memeluk Islam semasa hayat Nabi, namun beliau tidak pernah berjumpa dengan Baginda s.a.w.
 
Menurut Imam Ahmad dalam kitab al-Zuhd, pemuda ini merupa anak yatim, yang tidak mempunyai sanak keluarga selain ibunya  yang telah tua dan lumpuh. Uwais bekerja sebagai penggembala kambing dengan upah  yang amat amat sederhana hanya cukup untuk menampung keperluan sehariannya bersama ibu. Jika ada rezeki lebih, dia akan gunakan untuk membantu jirannya yang hidup  miskin dan serba kekurangan.
 
Kesibukannya sebagai penggembala dan  menjaga ibunya yang lumpuh dan buta, tidak  menjejaskan sedikit pun ibadahnya, malah  dia tetap berpuasa pada siang hari dan qiyam bermunajat pada sebelah malamnya.
 
Tabii yang ulung ini telah memeluk Islam  apabila seruan Islam sampai ke negeri  Yaman. Peraturan-peraturan yang terdapat
dalam ajaran Nabi s.a.w. sangat menarik  hati Uwais, sehingga menyebabkannya menuruti dakwah ke arah kebenaran itu.
Ramai daripada kalangan keluarganya yang telah memeluk Islam, bemijrah ke Madinah  untuk menyatakan baiah setia kepada Nabi Muhammad s.a.w. secara langsung.
 
Alangkah sedihnya hati Uwais setiap kali  melihat mereka yang baru pulang dari Madinah selepas bertemu dengan Nabi s.a.w.,  sedangkan dia belum berkesempatan.  Kecintaannya kepada Rasulullah menimbulkan rasa rindu yang amat sangat untuk bertemu  dengan Baginda, tetapi apakan daya kerana  dia tak mampu menyediakan bekalan yang  cukup untuk ke Madinah. Lebih-lebih Iagi  dia bertanggungjawab menjaga ibunya yang  amat memerlukan penjagaan yang rapi.
 
Ketika berlaku perang Uhud, Rasulullah  s.a.w telah tercedera dan gigi Baginda  patah kerana dilempar batu oleh musuh-
musuhnya. Peristiwa yang menyedihkan ini  telah sampai ke pengetahuan Uwais, lalumenyebabkannya memukul giginya dengan batu sehingga patah. Ini dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada
 
Baginda s.a.w. Hari berganti dan musim berlalu. Kerinduan yang tidak terbendung   membuatkan hasrat untuk bertemu Nabi s.a.w. tidak dapat ditahan-tahan iagi. Uwais bertanya dalam hati, bilakah masanya dia  dapat menziarahi Nabi yang amat dicintai  itu dan memandang wajahnya dari dekat?  Tetapi, dia masih mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya. Tentulah  ibunya tidak boleh ditinggalkan sendirian.
 
Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati  ibunya dan menyatakan perasaan hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar
diperkenankan pergi menziarahi Nabi s.a.w.  di Madinah.
 
Walaupun si ibu dalam keadaan uzur, namun  dia begitu terharu mendengar permohonan anaknya. Beliau lalu berkata:
 
“Pergilah wahai anakku! temuilah Nabi di  rumahnya. Apabila telah berjumpa dengan  Baginda, segeralah engkau pulang.”
 
Dengan perasaan gembira yang berbaur sedih,  Uwais berkemas untuk berangkat dan beliau  tidak lupa menyiapkan keperluan ibunya  serta berpesan kepada jiran-jirannya agar  dapat membantu menguruskan ibunya selama  ketiadaannya.
Sesudah itu, berangkatlah Uwais menuju ke  Madinah yang terletak ratusan batu dari  Yaman. Perjalanan yang begitu jauh
dilaluinya tanpa mempedulikan penyamun  padang pasir, bukit yang curam, gurun pasar  yang luas dan terik panas pada siang hari,  serta cuaca dingin pada malam hari.  Semuanya dilalui dengan semangat waja demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya  wajah Nabi s.a.w. yang amat dirinduinya.
 
Setibanya Uwais al-Qarni di Madinah, beliau  terus menuju ke rumah Nabi s.a.w.,  diketuknya pintu rumah sambil mengucapkan salam. Keluarlah isteri Nabi, Sayidatina   Aisyah r.ha., menjawab salam Uwais. Uwais  terus bertanyakan tentang Nabi s.a.w. yang  ingin sangat ditemuinya.
 
Namun, ternyata Baginda s.a.w. tidak berada  di rumah kerana berada di medan perang.  Betapa sedihnya hati Uwais yang begitu  ingin berjumpa Nabi s.a.w. Dalam hatinya  bergolak perasaan ingin menunggu kepulangan  Nabi s.a.w. Tetapi, bilakah Nabi s.a.w.  akan pulang? Sedangkan masih terngiang- ngiang di telinganya pesan ibunya yang  sudah tua, agar ia segera pulang Yaman.
 
Kerana bisikan ibunya itu menguasai sanubarinya, ketaatan mengatasi suara hati  dan kemahuannya untuk menunggu kepulangan  Nabi s.a.w., akhimya beliau mohon keizinan  daripada Aisyah r.ha. untuk pulang ke  Yaman. Dia hanya mengirimkan salam buat  Rasulullah s.a.w. lalu melangkah pulang.
 
Sejurus pulang dari pertempuran, Nabi  s.a.w. terus bertanya tentang kedatangan orang yang mencarinya. Mendengar
perkhabaran daripada Aisyah, Baginda s.a.w. Iantas menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni ialah anak yang taat kepada
ibunya. Ia sangat terkenal di langit.
 
Mendengar perkataan Baginda s.a.w., Aisyah  r.ha. dan para sahabat terpegun. Menurut  maklumat daripada Aisyah r.ha. dan para  sahabat terpegun. Menurut maklumat daripada  Aisyah r.ha., memang benar Uwais telah  datang mencari Nabi s.a.w dan segera pulang  ke Yaman kerana urusan menjaga ibunya yang  sakit.
 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:  “Kalau kalian ingin berjumpa dengan Uwais  al-Qami, perhatikan, tandanya ialah dia  mempunyai tanda putih di tengah-tengah  telapak tangannya.”
 
Sesudah itu Baginda s.a.w., memandang  Sayidina Ali r.a. dan Sayidina Umar r.a., lalu bersabda: “Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mohonlah doa dan  istighfamya kerana doanya dimustajabkan  Allah s.w.t.”
 
Setelah kewafatan Nabi s.a.w., suatu ketika, Khalifah Umar al-Khattab teringat Nabi s.a.w. pernah bersabda tentang Uwais
al-Qami, si penghuni langit. Beliau segera  mengingatkan kepada Sayidina Ali untuk  mencarinya bersama.
 
Sejak itu, setiap rombongan yang datang  dari Yaman akan disoal oleh mereka berdua  mengenai Uwais al-Qami; apakah dia turut  bersama mereka? Antara kafilah-kafilah itu  ada yang berasa hairan, apakah sebenarnya  yang terjadi hinggakan Uwais dicari oleh  kedua-duanya. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang  dagangan mereka.
 
Suatu ketika, Uwais al-Qami turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah. Mendengar berita adanya rombongan kafilah yang datang dari Yaman, Amirul Mukminin Sayidina Umar dan Sayidina Ali pergi menemui mereka untuk bertanya tentang Uwais.
 
Apabila diberitahu tentang kewujudan Uwais dalam rombongan itu, mereka terus mencari Uwais di tempat yang diterangkan. Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, mereka mendapati Uwais sedang melaksanakan solat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top