Tip Konsisten Solat Subuh

solat-subuh

Ramai golongan pekerja sanggup bangun awal  untuk pergi ke pejabat asalkan punch card  tidak merah. Ramai pelajar mampu bangun awal  demi mengelak terserempak dengan pengawas  atau dimarahi cikgu disiplin. Tetapi kenapa masih ramai yang masih liat bangun solat  Subuh?
 
Motivasikan diri anda untuk lebih mudah dan  bersemangat bangun Subuh tanpa sebarang  alasan berdasarkan tip berikut:
 
1. Ikhlaskan niat hanya kerana Allah s.w.t.  dan berikanlah hak-haknya. Niat yang ikhlas  akan mendorong anda mengorbankan apa-apa kekangan yang menghalang seperti mengantuk,  tilam dan bantal yang empuk, kesejukan yang
menggigit dan sebagainya.
 
2. Tanam tekad yang jitu, semangat juang yang tinggi (strong will) dan muhasabahlah diri  setiap hari.
 
3. Bertaubat daripada dosa dan berniatlah  untuk tidak mengulanginya kembali.
 
4. Memperbanyakkan berdoa agar Allah s.w.t.  memberikan kesempatan untuk solat Subuh.
 
5. Carilah kawan yang baik. Wujudkan komuniti  (keluarga atau sahabat) yang boleh sama-sama   bangun awal dan solat
Subuh. Jika berseorangan terasa lemah untuk mujahadah,  bertemankan sesama beribadah dan melakukan  ketaatan.
 
5. Latih diri untuk tidur mengikut sunnah  Nabi s.a.w. seperti dengan tidur awal agar  mudah bangun awal, berwuduk sebelumtidur,  tidur mengiring di atas rusuk kanan dan  berdoa.
 
6. Elakkan makan lewat malam atau makan dalam  jumlah yang banyak kerana ia boleh  menyebabkan susah bangun awal pagi. Jauhulah juga minuman berkafein seperti kopi atau teh  pada waktu malam, dikhuatiri susah tidur  malam yang seterusnya akan membawa kepada susah bangun pagi dan berkemungkinan terlepas  solat Subuh.
 
7. Pasang penggera yang boleh mengejutkan  anda bangun untuk solat Subuh. Tetapkan  supaya penggera berbunyi beberapa minit sebelum azan subuh. Sebaik sahaja bangun,  cuba hayati azan subuh terutamanya Iafaz  “solat itu lebih baik daripada tidur”.  Kemudian bingkas dna lekas berwuduk bagi  menunaikan solat Subuh.
 
8. Ajaklah orang lain bangun solat Subuh dan  mulakanlah dengan diri sendiri dan keluarga.
 
9. Cuba hayati keindahan waktu pagi,  kesegaran udaranya, kedinginan hawanya,   kicauan burung, suasana yang damai daripada hiruk-pikuk, mutiara embun yang jernih dan  sebagainya. Kemudian tanamlah tekad ingin  menikmati lagi dengan selalu bangun awal dan solat Subuh awal waktu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top