Motosikal Dinamik – Modenas

Motosikal Dinamik - ModenasPengeluar Motosikal dan enjin Nasional iaitu Modenas telah melancarkan Modenas Dinamik pada tahun 2003, namun produktivitinya dihentikan seketika berikutan masalah spesifikasi yang tidak menepati standard piawaian keselamatan jalanraya.

Namun begitu, Dinamik muncul kembali pada tahun 2011 dengan rekaan yang terbaharu dan juga telah mengalami beberapa perubahan spesifikasi agar lulus untuk pasaran tempatan. Untuk pengetahuan anda, Dinamik pernah dijual di pasaran Greece dan mendapat permintaan yang tinggi. Namun disebabkan ianya mempunyai spesifikasi kelajuan yang sangat tinggi dan tidak melepasi piawaian permotoran di Eropah, ianya terpaksa dikembalikan ke tanah air.

Seawal tahun 2012, Dinamik kembali mendapat permintaan ramai. Akan tetapi, spesifikasi kelajuannya telah dikurangkan dan disekat kepada 130km/j sahaja. Walaupun kapasiti enjin 2 lejang Dinamik mampu mencecah 205km/j dengan kadar pusingan 12,000/minit, ianya terpaksa disekat agar tidak membahayakan keselamatan pengguna jalanraya dan juga penunggang.Motor Dinamik

Kenapa kapasiti enjinnya begitu kuat? Sebenarnya, motosikal Dinamik telah dimuatkan dengan enjin Kawasaki 2 lejang. Selain itu, Modenas turut mengeluarkan blueprint mereka untuk menghasilkan ‘super cub’ bagi memantapkan lagi pengeluaran motosikal ini. Disebabkan oleh itulah, ianya tidak melepasi standard piawaian. Malah, spesifikasinya juga telah menyemai motosikal berkuasa tinggi.

Atas budi bicara Modenas sendiri, kini Dinamik tidak asing lagi di pasaran Malaysia. Malah ianya juga semakin mendapat permintaan ramai kerana harganya yang mampu milik dan pengendaliannya yang sangat mudah dan selamat. Lebih-lebih lagi, penyelenggaraan Dinamik adalah jauh lebih murah beebanding motosikal berkuasa 2 lejang yang lain.

2 thoughts on “Motosikal Dinamik – Modenas”

  1. Pingback: Motosikal Dinamik Dari Modenas

  2. Pingback: Motor Dinamik – Modenas

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top