Keunikan Samsung Galaxy S Gear

Samsung Galaxy S GearSamsung semakin menyaingi pasaran global dengan lebih agresif apabila diciptanya Samsung Galaxy S Gear. Gear S adalah satu-satunya jam tangan pintar yang boleh membuat panggilan telefon. Ia sememangnya perisian mudahalih yang berfungsi bukan sahaja sebagai jam tangan, malah ianya juga berpotensi penuh sebagai telefon tangan. Bezanya dengan model yang terdahulu, Gear S dilengkapi dengan sistem plan data 3G dan juga mempunyai sistem Wifi.

Walaupun ianya berpontesi sepenuhnya sebagai jam tangan pintar, tidak lupa juga Gear S mempunyai fungsi yang terhad. Menaip pesanan ringkas sememangnya berfungsi, namun penggunaannya agak sedikit sukar kerana paparan skrinnya yang kecil. Akan tetapi, ianya tidak menjadi masalah kerana paparan skrin sentuh ini menyokong sepenuhnya fungsi S Pen sepertimana perisian Galaxy Note.

Selain itu, Gear S turut dilengkapi dengan aplikasi S Health. Aplikasi ini berfungsi sebagai sensor kesihatan. Samada anda sedang bersenam mahupun berehat, S Health akan sentiasa menjejak tahap kesihatan anda seperti kadar degupan jantung dan nadi. Aplikasi ini juga turut berfungsi sebagai alat pedometer pembakar lemak yang akan mengira jarak perjalanan anda apabila anda sedang bersenam atau berjalan kaki. Ianya akan menjejak peratusan kalori yang Berjaya dibakar melalui jarak berjalan kaki.

Berbeza dengan model Gear S yang terdahulu, Gear S yang baharu ini dilengkapi dengan sistem navigasi GPS nya yang tersendiri. Kini menuju ke destinasi pilihan anda menjadi lebih mudah dengan adanya fungsi mudahalih seperti ini dalam bentuk Hands-free. Menggunakan navigasi ketika memandu kenderaan adalah membahayakan, namun fungsi hands-free ini amat mudah dan selamat dikendalikan kerana ianya tidak memerlukan anda untuk menyentuh skrin untuk membuat navigasi. Sistem penerimaan suara yang tersedia di dalam perisian ini menjadikan Gear S lebih mesra pengguna dan unik.

Kesimpulannya, Gear S bukanlah jam tangan magis yang berfungsi sepenuhnya sebagai telefon pintar. Perisiannya yang unik dan lain daripada model yang sebelumnya menjadikannya satu evolusi yang lebih matang dan menyaingi pasaran alatan telekomunikasi. Gear S sememangnya jauh di hadapan dalam memastikan mereka tidak ketinggalan dan sentiasa di hadapan.

2 thoughts on “Keunikan Samsung Galaxy S Gear”

  1. Pingback: Samsung Gear S Baharu

  2. Pingback: Jam Tangan Pintar Samsung Galaxy Gear S

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top