Select Page

mukmin-pro-trade-mark-001

Pelajaran daripada kehidupan Rasulullah  s.a.w. dan para sahabatnya.
 
Setiap perubahan yang ingin dilakukan perlu  bermula dari hatI. Tingkah laku seseoran itu  tidak akan berubah sekiranya hatinya masih  terhijab dengan maksiat dan dosa.
 
Benarlah sabda junjungan agung, Nabi  Muhammad s.a.w. berkenaan hati: “Ketahuilah  bahawa dalam diri ini terdapat seketul  daging. Jika ia baik, maka baiklah seluruh  tubuh ini dan jika ia buruk, maka buruklah  seluruh tubuh. Ketahuilah bahawa ia adalah  hati.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
Hadis di atas menjelaskan bahawa hati  menjadi pemain utama kepada nadi perubahan  seseorang individu. Ia juga yang akan
memandu minda dan tingkah laku untuk  melakukan sama ada kebaikan ataupun  kejahatan. Mari kita sama-sama hayati
bagaimana tingkah laku yang dibentuk oleh  hati-hati Mukmin super (Rasulullah dan para  sahabat) yang telah berjaya membina satu  tamadun yang agung dan hebat.
 
1. Mempunyai Minda Wasatiyyah
 
Imam Ibn Kathif melalui tafsirnya Tafsir  al-Quran al-Azim tentang surah al-Baqarah  ayat 143 menjelaskan perkataan “wasata”  bermaksud yang terbaik, cemerlang dan  gemilang. Inilah minda Rasulullah s.a.w. dan  para sahabat Baginda ketika menjalani  kehidupan seharian, berdakwah dan  menyebarluaskan agama Islam. Mereka sentiasa  melakukan yang terbaik dan berusaha untuk  mencapai kecemerlangan.
 
2. Mempunyai Mindset yang Jelas
 
Rasulullah s.a.w. merupakan seorang pemimpin  yang memahami dan mempunyai mindset yang  jelas. Ketika memimpin, Baginda  memotivasikan, memahamkan dan mempengamhi  umat Islam ke arah mencapai hala tuju yang  telah ditetapkan.
Kejelasan mindset ini bukan hanya ada pada  diri Baginda, tetapi difahami juga oleh  pengikutnya. Ini dapat dilihat melalui
penjelasan yang dilakukan oleh Ja‘far bin Abi Talib kepada Najashi; pemerintah Habsyah dalam peristiwa penghijrahan
pertama umat Islam iaitu ke Habshah, katanya:
 
“Wahai Raja! Kami sebelum ini jahil dan  menyembah berhala. Kami pernah makan bangkai  binatang, membuat perkara yang buruk dan  menyakiti jiran-jiran kami. Ada yang kuat  antara kami menindas yang Iemah, sehingga akhirnya Allah mendatangkan Rasul untuk  menyelamatkan kami. Kelakuan, akhlak,  kebenaran dan amanahnya amat mempesonakan  kami. Dia mengajak kami menyembah Allah dan  menyuruh kami meninggalkan kekufuran dan  menyembah berhala. Dia mengajar kami  bercakap benar menyempurnakan amanah, menghormati kaum kerabat dan berbuat baik  kepada jiran. Dia mengajar kami supaya  menjauhi pertumpahan darah.
 
Dia melarang kami daripada melakukan perkara keji seperti bercakap bohong dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat.  Oleh sebab itu kami percayakannya,  mengikutnya dan melaksanakan segala  ajarannya.” (Al-Mawdudi, 1984)
 
3. Mementingkan ilmu
 
Islam mengutamakan ilmu dalam setiap  perkara. Keutamaan ini berdasarkan wahyu  pertama yang diturunkan oleh Allah kepada  Nabi Muhammad s.a.w. Antara perkara awal  yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.  setelah mendapat wahyu adalah mengadakan  halakah ilmu bersama-sama para sahabat.  Sebagai contoh, pada peringkat permulaan  penyebalan agama Islam, Baginda berkumpul  bersama-sama para sahabat di rumah al-Arqam  bin Abi al-Arqam yang terletak di atas bukit
Safa. Baginda menjadikan rumah tersebut  sebagai pusat dakwah dan pusat penyebaran  ilmu.
 
4. Menentang Jahiliah dalam Diri
 
Antara amalan masyarakat jahiliah suatu ketika dahulu ialah kegemaran meminum arak. Ketika Allah menurunkan ayat  pengharaman arak, satu perubahan drastik  dapat disaksikan. Antaranya:
 
1. Anas bin Malik yang mendengar ayat  tersebut (beliau ketika itu sedang memegang  dulang berisi gelas-gelas arak) telah
mencampakkan dulang tersebut ke tanah kerana  menurut perintah Allah s.w.t
 
2. Sayidina Umar apabila mendengar perintah  tersebut, beliau terus balik ke rumah dan  memecahkan tong-tong arak yang terdapat di  dalam rumahnya.
 
3. Ada riwayat yang menyebut kota Madinah ketika itu seolah-olah menjadi banjir lantaran tindakan para sahabat yang
memecahkan tong-tong arak yang dimiliki oleh mereka.
 
Begitulah perilaku para sahabat yang mengambil tindakan segera menentang dan  membuang sifat buruk yang mereka warisi
sejak turun-temurun Iagi. Bagi mereka, yang  halal tetap halal dan yang haram tetap haram  walaupun ia bertentangan dengan amalan  tradisi mereka.
 
5. Mengutamakan Keluarga Bahagia
 
Rasulullah s.a.w. telah menunjukkan contoh yang terbaik kepada kita tentang cara untuk membina sebuah keluarga yang
harmoni.
 
Antara pendekatan yang diambil oleh Rasulullah s.a.w. ketika bersama para isterinya adalah dengan berbincang bagi mencari penyelesaian masalah. Oleh sebab itu, setiap suami dan isteri perlu sentiasa berbincang bagi membuat keputusan,mencari  idea dan menyelesaikan masalah sama ada  berkenaan perkara yang berkaitan dengan  keluarga atau masyarakat.
Perbincangan yang dilakukan adalah untuk mencari kata sepakat agar kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri berpuas hati
dengan keputusan yang diambil.
 
Selain isteri, Rasulullah s.a.w. juga sentiasa mengambil berat terhadap anak- anak Baginda. Rasulullah s.a.w.  memerintahkan ibu dan bapa agar sentiasa bersikap mulia dan menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak mereka  sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu  Hurairah, bahawa Baginda s.a.w. bersabda  yang bermaksud: “Sesiapa berkata kepada anaknya, ‘Ke marilah! (nanti aku beri)’  tetapi tidak memberikannya, maka dia seorang  pembohong.”(Riwayat Ahmad)