Kepercayaan Hantu Merentasi Benua

 

Assalamualaikum1

Hari ini,kita akan mengupas sedikit sebanyak mengenai kepercayaan tentang hantu atau makhluk halus dari seluruh dunia. Hantu sering digambarkan berukuran dan berbentuk seperti manusia , tetapi biasanya dikatakan wujud sebagai makhluk yang telus, berkilauan, dan berkabus. Hantu tidak mempunyai tubuh fizikal seperti manusia. Kadang-kala kita akan melihat bayang-bayang mereka, tetapi dalam fenomena lain seperti bunyi, pergerakan objek dan aktiviti-aktiviti lain, tidak mempunyai penjelasan logik mengenainya.

Di barat, masyarakat mempercayai kewujudan hantu biasanya menganggap mereka sebagai roh yang tidak selamat dan berlegar-legar perantauan di dunia kerana kehidupan individu yang berkenaan banyak membuat dosa dan tidak menerima kematian mereka. Kadang-kadang hantu berlegar di udara tanpa arah. Menurut sekumpulan masyarakat bukan Islam, hantu atau roh jahat adalah bayi yang tinggal di antara syurga dan neraka kerana tidak dibaptiskan.

Dalam budaya Asia, ramai orang percaya dalam kelahiran semula selepas kematian. Hantu merupakan roh yang enggan untuk ” dikitar semula ” kerana jiwa mereka tidak aman. Dalam tradisi Cina, hantu boleh menjadi kekal dan separa dewa atau ia boleh pergi ke neraka dan menderita kekal selama-lamanya. Orang Cina juga percaya bahawa hantu berhak untuk diberi kelahiran semula untuk menebus kesilapan mereka pada masa lalu.

Dalam agama Hindu , maklumat terperinci mengenai hantu diberikan dalam “Garuda Purana “, satu kitab daripada ” Vedik ” tradisi. Kedua-dua Barat dan Asia berkongsi kepercayaan yang sama asas tentang hantu. Iaitu, hantu sering bersiar-siar di mana mereka meninggal dunia. Tempat-tempat yang dikenali sebagai ” rumah berhantu “, yang mereka lakukan kitaran dikenali sebagai ” menghantui “.

Sementara itu, menurut kepercayaan Buddha, menggabungkan konsep alam hantu lapar. Makhluk di alam semesta ini dirujuk sebagai ” hantu lapar ” kerana penahanan mereka kepada dunia ini. ” Asuras ” juga dirujuk sebagai ” hantu Pertempuran “.

Berbeza dengan kepercayaan masyarakat melayu di Malaysia. Pada zaman dahulu kala, orang melayu percaya bahawa hantu atau makhluk adalah dewa atau penunggu di sesuatu tempat. Jika kita lihat, perkataan hantu itu sendiri jika diterbalikkan akan menjadi tuhan. Tuhan yang dimaksudkan adalah penunggu kepada sesuatu seperti barangan, tempat, bunut di hutan dan sebagainya. Antara hantu-hantu yang tersohor dalam kalangan masyarakat melayu ialah pontianak, hantu raya, pelesit, hantu air dan juga hantu penanggal. Bomoh-bomoh dalam masyarakat melayu juga ada menggunakan hantu atau makhluk halus sebagai tujuan perubatan atau untuk menunaikan hajat seseorang.

Akan tetapi, kepercayaan ini sama sekali bercanggah dengan agama Islam. Dalam agama Islam, hantu atau makhluk halus itu adalah lebih kepada jin atau syaitan. Mana-mana kepercayaan yang berpegang kepada mendewakan atau mentuhan-tuhankan jin dan syaitan adalah syirik dan boleh memesongkan akidah umat Islam. Sekiranya individu diganggu oleh hantu ataupun makhluk halus, hendaklah dia bermohon kepada Allah SWT supaya dilindungi daripadanya. Iman yang lemah boleh menyesatkan jiwa seorang muslim. Kita seharusnya memperlengkapkan diri supaya lebih yakin dan percaya denganjanji-janji Allah SWT.

FIRMAN ALLAH SWT YANG BERMAKSUD :

“Katakanlah(Wahai Muhammad):”Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.Yang Menguasai sekalian manusia,Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik,penghasut yang timbul tenggelam,yang melemparkan hasutannya ke dalam hati manusia,(iaitu pembisik dan penghasut)dari kalangan jin dan manusia.”

(Surah An-Nas:ayat 1-6)

1 thought on “Kepercayaan Hantu Merentasi Benua”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top