Kenapa Saya Suka Makan Di Kfc

Kenapa Saya Suka Makan Di Kfc

Kenapa saya suka makan di KFC? Berikut adalah beberapa factor utama kenapa KFC menjadi restoran makanan segera pilihan saya. Antaranya ialah KFC mempunyai tempat dan ruang makan yang selesa. Selain itu, restoran KFC juga sangat mesra pelanggan dan memesan makanan di restoran mereka juga adalah sangat mudah.

 Sekiranyan kita sukar membuat pilihan, mereka ada menyediakan pilihan set hidangan secara Combo ataupun ala carte bergantung kepada pilihan pelanggan. Hidangan di KFC juga tidaklah terlalu mahal dan kita mampu berjimat dengan berbelanja makan di KFC.

KFC juga mempunyai pelbagai pilihan hidangan yang unik bermula daripada ayam goreng, kentang goreng,salad, burger dan hinggalah kepada hidangan utama seperti nasi. Hidangan mereka tidak pernah mengecewakan selera makan setiap pelanggan. Antara hidangan yang menjadi pilihan utama pelanggan ialah snack plate. Snack Plate merupakan set hidangan yang mengandungi 2 ketul ayam goreng, coleslaw, kentang putar, roti dan juga minuman ringan yang sejuk.

Salah satu sebab lagi kenapa KFC menjadi pilihan saya ialah mudah dijumpai. Kemana-mana sahaja kita pergi, mesti aka nada KFC. Kawasan luar bandar juga dah ada restoran KFC sekarang. KFC sememangnya sangat popular dan mudah didapati. Tidak hairanlah kenapa ramai yang menggemarnya. Tambahan pula, menjamu selera di KFC pula jauh lebih murah berbanding di restoran makanan segera yang lain. Ayam goreng KFC lebih murah dan kualitinya juga hampir sama dan setanding dengan kualiti ayam di restoran mewah yang harganya jauh lebih mahal. Oleh itu, KFC merupakan salah satu restoran yang menghidangkan makanan bertaraf 5 bintang dengan harga yang murah dan berpatutan.

Kesimpulannya, selain daripada mempunyai ruang makan yang selesa dan berhawa dingin, restoran KFC turut menyediakan pelbagai hidangan yang sememangnya menjadi kepuasan para pelanggan di samping menjanjikan harga yang murah dan berpatutan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top