Jin Dan Virus

virus vs jinJangan terkejut kalau saya katakan virus adalah sejenis makhluk dari golongan jin..Ini dinyatakan oleh beberapa pakar dalam ilmu rawatan islam dari pusat rawatan yang berbeza..

Ini juga adalah pandangan dua Ulama besar Mesir Syeikh Mohd Abduh dan muridnya Syeikh Saiyid al Reda…Syeikh Saiyid al-Reda menyebutkan pandangnnya mengenai jin dalam kitab tafsirnya(al-Manar) dengan katanya :

والمتكلمون يقولون: ان الجن أجسام حية خفية لا ترى, وقد قلنا في المنار غير مرة: انه يصح أن يقال: ان الاجسام الحية الخفية التى عرفت في هذا العصر بواسطة النظرات المكبرة وتسمى بالمكروبات, يصح أن يكون نوعا من الجن, وقد ثبت أنها علل لاكثر الأمراض:

Maksudnya :

“Dan ahli ilmu kalam (Tauhid) berkata,sesungguhnya jin itu adalah (kejadian Allah) yang bertubuh halus dan hidup yang tidak boleh dilihat.Sesungguhnya telah pun kita katakan berkali-kali dalam kitab Tafsir al-Manar bahawa boleh disebutkan (kejadian Allah) yang hidup,bertubuh halus yang dapat dipastikan dan dikenal di zaman ini menerusi mikroskop sebagai virus itu adalah sebenarnya sejenis jin. Dan telah diketahui secara pasti ianya adalah merupakan punca bagi kebanyakan penyakit”.

Wallahu’alam..

Saya menasihati anda yang terkena apa jua penyakit kronik akibat virus seperti kanser pergilah berjumpa dengan doktor tetapi dalam masa yang sama ambil juga rawatan alternatif yang menggunakan kaedah ruqyah(rawatan islam)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top