Select Page

beza-lelaki-dan-perempuan

Kaum Muslimat yang dirahmati Allah, disini saya kongsikan petua untuk “mengikat” hati suami anda agar dia setia dan kasih kepada anda..I.Allah kalau amalkan mujarab..suami tak cari lain hehehe…kalau diorang “tergatal” kat luar pun i.Allah diorang akan cepat sedar bila teringatkan anda…

PERTAMA : Hendaklah anda jaga perut suami..Biarlah perut suami nampak “comey” jeee sperti perempuan hamil hehehe asalkan perutnya berisi sokmo hasil  air tangan anda…

KEDUA : Jaga kemaluan suami..cepat-cepat layan ketika suami “berhajat” hehehe

KETIGA : Jaga hobi suami..Jangan sekali kondem minat suami..sebaiknya anda kasi sokongan..

EMPAT : Tiap-tiap hari mesti doa,minta kepada Allah agar dalam hati suami hanya ada anda..minta kepada Allah agar suami sentiasa cinta dan rindu kepada anda..ingat!!doa setiap hari,sebaik baiknya selepas solat..saya koangsikan kepada anda satu ayat sebagai doa agar suami anda sentiasa cinta dan kasih kepada anda….Baca beserta niat dengan menyebut nama suami pastu puuuuuhhh tiup tauu hehehe…

وَلَقَدْ هَمَّتْ بِهِ وَهَمَّ بِهَا لَوْلا أَن رَّأَى بُرْهَانَ رَبِّهِ كَذَلِكَ لِنَصْرِفَ عَنْهُ السُّوءَ وَالْفَحْشَاء إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُخْلَصِينَ

Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa.-surah Yusuf ayat 24-
Selamat beramal:)))