Bulan ini merupakan bulan Rabiul Awal, dimana umat islam merayakan hari kelahiran Nabi Muhammad saw. Pembacaan selawat, berzanji dan pengajian serta penceritaan menghiasi sambutan kelahiran nabi umat islam pada hari ini.
Terdapat semua pertanyan tentang perayaan Maulid Nabi saw pada bulan Rabiul Awal ini, bagaimana hukumnya menurut syara’. Adakah terpuji atau tercela? Dan apakah orang yan melakukannya diberi pahala atau tidak? Dan Imam Jalaluddin As-Suyuthi (849 H – 911 H) menjawab : “Menurut saya bahawa asal perayaan Maulid Nabi saw, iaitu manusia berkumpul, membca Al-Quran dan kisah-kisah teladan Nabi saw sejak kelahirannya sampai perjalanan kehidupannya. Kemudian menghidangkan makanan yang dinikmati bersama, setelah itu mereka pulang. Hanya itu yang dilakukan, tidak lebih. Semua itu termasuk bid’ah al-hasanah. Orang yang melakukannya diberi pahala kerana mengagungkan darjat Nabi saw, menampakkan suka dan kegembiraan atas kelahiran Nabi Muhammad saw yang mulia.” (Al-Hawi lil Ftawi, juz I, 251-252)
Oleh itu, hakikatnya perayaan Maulid Nabi saw itu merupakan bentuk pengungkapan rasa senang dan syukur atas terutusnya Nabi Muhammad saw ke dunia ini. Dengan pengajian keimanan dan keislaman, mengkaji sejarah dan akhlak Nabi saw untuk diteladani. Pengungkapan rasa gembira itu memang dianjurkan bagi setiap orang yang mendpaatkan anugerah dari Allah. Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud ” Katakanlah (Muhammad, sebab fadhal dan rahmat Allah (kepada kalian), maka bergembiralah kalian. ” (QS Yunus, 58)
Ayat ini jelas menyuruh kita umat islam untuk bergembira dengan adanya rahmat Allah swt. Sementara Nabi Muhammad saw adalah rahmat atau anugerah Allah kepada manusia yang tiada taranya. Sesunggguhnya, perayaan Maulid sudah ada dan telah lama dilakukan oleh umat islam yang terdahulu. Benihnya sudah ditanam sendiri oleh Rasulullah saw. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Qatadah al-Anshari ra bahawa Rasulullah saw pernah ditanya tentang puasa isnin. Maka beliau menjawab, ” Pada hari itulah aku dilahirkan dan wahyu diturunkan kepadaku“. (HR Muslim) Betapa Rasulullah saw begitu memuliakan hari kelahirannya. Beliau bersyukur kepada Allah swt pada hari tersebut beliau telah lahir ke dunia. Rasa syukur itu beliau ungkapkan dengan berpuasa.
Oleh yang demikian, ini dapat disimpulkan bahawa merayakan hari kelahiran Nabi Muhammad saw termasuk dalam sesuatu yang boleh dilakukan. Apalagi perayaan Maulid yang diisi dengan bacaan selawat, berzanji, sedekah dengan beraneka makanan serta dinikmati bersama, pengajian agama dan sebagainya, yang sememangnya merupakan amalan-amalan yang memang dianjurkan oleh Syariat islam. Sayyid Muhammad’ Alawi al-Maliki mengatakan : “ Pada awalnya, berkumpul untuk mengadakan Maulid Nabi merupakan sesuatu yang sudah lumrah terjadi. Tapi hal tersebut kebiasaannya mengandungi banyak kegunaan dan manfaat yang (akhirnya) kembali kepada umat islam sendiri dengan beberapa keutamaan ( di dalamnya). Sebab, kebiasaan itu memang dianurkan oleh syara‘. “
“Sesungguhnya, ini juga merupakan saranan yang baik untuk berdakwah. Sekaligus merupakan kesempatan emas untuk menyebarkan dakwah. Malah menjadi kewajiban para ulama untuk mengingatkan umat islam kepada akhlak, sopan santun, keadaan seharian, sejarah, tata cara pergaulan dan ibadah Nabi Muhammad saw. Dan hendaklah mereka menasihati dan memberikan petunjuk untuk selalu melakukan kebaikan dna keberuntungan. Dan memperingatkan umat akan datangnya bala (ujian), bid’ah, kejahatan dan berbagai fitnah”. (Mafahim Yajib an Tushahhah, 224-226)
Oleh itu, sewajarnya umat islam merayakan Maulid Nabi sebagai salah satu bentuk penghormatan kepada Nabi Muhammad saw. Dan juga kerana pengisiannya adalah membaca selawat ke atas Nabi Muhammad saw, mengkaji sejarah beliau, sedekah dan sebagainya merupakan amalan yang memang dianjurkan dalam syariat islam.
Memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad akan semakin menambah keyakinan kita akan agama tercinta kita.