Diet Dengan Roti, Berkhasiatkah?

images

Sebilangan mereka yang ingin berdiet kerap makan roti menggantikan nasi. Tapi tahukah anda fakta berkaitan roti dan berkhasiatkah roti jika diamalkan bagi mereka yang ingin berdiet?

Roti putih sebenarnya mempunyai beberapa kekurangan yang boleh membahayakan diri seseorang. Penghasilan roti putih melalui proses penyulingan dan campuran beberapa jenis bahan kimia yang menyebabkan roti tersebut gebu dan lembut. Proses pembuatannya menyebabakan serat dalam roti hilang secara tidak langsung dan akan mengganggu metabolime badan seseorang. Serat adalah sangat penting bagi membantu melancarkan proses pencernaan, mengawal berat badan, mencegah risiko penyakit jantung, kanser dan diabetis.

Kebanyakkan roti putih mengandungi jumlah karbohidrat yang tinggi. Oleh itu, agak sukar untuk seseorang mendapatkan berat badan yang ideal terutama mereka yang ingin berdiet. Selain itu, disebabkan proses pencernaan yang tidak berjalan dengan lancar akan menyebabkan lemak terkumpul. Ini sekaligus menunjukkan bahawa roti putih tidak sesuai dimakan bagi menggantikan nasi. Bahkan, hal akan akan meningkat risiko anda berhadapan penyakit tulang rapuh.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), pernah menjalankan ujian ke atas pelbagai roti yang dibeli di kawasan Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, termasuklah roti bantal dan beraneka jenis roti dan ban. Ke atas ujian yang dilakukan, didapati sehingga 92% mengandungi asid propionik dalam jumlah sehingga 5 kali daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin mengamalkan makan roti beralih kepada ‘wholegrain bread’ yang mempunyai 3 komponen utama iaitu bran, bijirin dan serat. Bagi setiap roti yang dikategorikan sebagai ‘wholegrain bread’ perlu mengandungi sekurang-kurangnya 3gram serat bagi setiap keping. Oleh itu, semak terlebih dahulu kandungan minyak tambahan di dalam roti iaitu ‘hydrogenated vegetable oil’, ‘trans fats’, ‘ partially hydrognated oils’, dan ‘ vegetable oil shorting’.

FAKTA UTAMA : 2 Keping roti = sepinggan nasi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top