Bawa Bekal, Ketinggalan Zaman ?

lunch

Membawa bekal makanan ke tempat kerja atau ke kuliah bagi generasi masa kini yang masih lagi belajar bukan tabiat popular pada zaman ini. Sebilangan anak muda zaman sekarang malu untuk membawa bekal makanan ke tempat kerja. Mungkin bagi mereka penyediaan yang agak remeh kerana mereka perlu masak terlebih dahulu dan ada yang beranggapan bahawa membawa bekal makanan itu kolot antara punca ada sebahgaian daripada sanggup berhutang setiap hujung bulan kerana duit ‘kering’ sebelum gaji.

Selalunya, tabiat membawa bekal sering dikaitkan dengan pasangan sudah berkahwin, isteri menyediakan bekal makanan untuk suami mahupun ibu menyediakan makanan untuk anak-anak. Membawa bekal makanan lebih menjimatkan wang belanja selain menjaga pemakanan lebih sihat dan bersih. Sama ada hidup di bandar ataupun di luar bandar, budaya ini bukanlah dibezakan dengan taraf hidup masing-masing untuk membawa bekal makanan.

Jika diperhatikan budaya bawa bekal makanan ini terkenal di negara Jepun. Dimana mereka menyediakan bento atau bekal yang disajikan dengan penuh teliti dan kreatif. Berbeza dengan masyarakat di negara kita, bekal makanan yang dibawa hanya untuk mengisi perut semata-mata dan penyediaannya sekadar mencukupi syarat. Bento atau bekal makanan masyarakat Jepun sangat unik,dihias cantik dan lengkap selain seimbang. Terdapat sayuran, karbohidrat seperti nasi atau roti, malah tidak ketinggalan dengan sumber protein iaitu ayam mahupun daging. Pencuci mulut juga tidak ketinggalan.

Haruskah kita katakan bahawa membawa bekal makanan tersebut ketinggalan zaman memandangkan kita kini berdepan dengan kos sara hiudp yang semakin meningkat. Suka atau pun tidak, pengguna kini kadangkala perlu mengeluarkan belanja hampir RM10 untuk sekali belanja makan. Oleh itu, masyarakat ini perlu bijak dalam menggunakan wang agak berjimat. Berhadapan dengan situasi kenaikan harga barang terutamanya makanan, andakah masyarakat kita berfikir alternatif lain boleh dilakukan oleh pengguna untuk berjimat cermat dalam perbelanjaan. Kita janganlah berharap kepada bantuan yang dihulur semata-mata seperti pakej makanan Menu Rakyat 1Malaysia yang dilancarkan pada Julai 2011 kerana bukan semuanya boleh diperolehi di semua restoran atau kedai makanan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top