Bayi Anda Perlu Belaian

bayicomel

Kepada mereka yang bergelar ibu, pastinya para ibu tahu bahawa sentuhan seorang ibu merupakan satu cara paling berkesan bagi melahirkan dan menyampaikan kasih sayang mereka kepada permata hati mereka. Sentuhan tidak mengira pada waktu makan, bermain, mandi mahupun ketika menukar lampin kerana ikatan melalui sentuhan kasih sayang mempengaruhi hubungan serta interaksi ibu bapa dan anak, juga baik untuk perkembangan fizikal dan emosi bayi. Malah, sentuhan menjadi pemangkin kepada perkembangan bayi, menurut Perunding Pediatrik dan Neonatologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Anna Padmavathy Soosai.

Seawal 2bulan lagi, bayi mampu mengenali sentuhan ibu bapanya. Dr. Anna juga menambah, pada peringkat ini, bayi hanya inginkan sentuhan dan wajah ibunya sahaja. Ibu juga boleh bercakap dengan anak untuk memberi ransangan kepada perkembangan sosial bayi tersebut. Mungkin ramai ibu bapa tidak perasan dan kurang memahami perkembangan bayi mereka. Secara umumnya, pada peringkat usia sebulan lagi bayi akan mula tersenyum, dua bulan (mula mengeluarkan suara), empat bulan (cuba mencapai ibunya, menatap mata bayi akan menyebabkan bayi bergelak ketawa).

Berikut Reaksi bayi :

Bayi tersenyum…

Menyentuh bayi boleh membuatnya tersenyum dengan lebih kerap yang boleh membuktikan keakraban ibu dan bayi. Ketika bayi anda membesar,anda akan sedar bahawa senyumannya akan menjelma setiap kali anda berada disamping atau setiap kali bayi menjangka kehadiran anda.

Bayi cuba mencapai ibunya…..

Apabila bayi cuba mencapai ibunya, bayi mungkin cuba ingin memberitahu si ibu untuk meminta memeluk dan membelainya untuk merapatinya atau bayi gembira dengan kehadiran ibunya.

Bayi ketawa….

Gelak ketawa bayi menandakan perkembangan sosialnya kerana kebiasaannya ia merupakan suatu tindak balas yang berlaku apabila dia berkongsi dunianya dengan orang yang tersayang. Apabila bayi gelak sebagai salah satu cara untuk bertindak balas dengan anda, ianya merupakan cara bayi untuk bertindak balas dengan anda, ia juga merupakan cara bayi untuk memberitahu betapa seronoknya dia meluangkan masa dengan anda.

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top