-Imam al-Qaradhawi dilahirkan di salah satu kampung yang terletak di Tanta,Mesir pada tahun 1926 Masihi.Beliau hidup dalam keadaan yatim dimana ayahnya telah meninggal dunia ketika beliau berumur dua tahun,kemuian beliau dipelihara oleh bapa saudaranya selepas kematian ayahnya.
-Pada usia yang muda beliau telah dihantar ke salah satu tempat pengajian Quran di kampungnya.Sebelum mencapai usia 10 tahun,beliau telah berjaya menghafaz al Quran dengan sempurna bersama dengan tajwidnya.
-Orang kampung selalu melantik beliau menjadi imam ketika bersembahyang di kampungnya walaupun usianya yang masih muda terutamanya ketika solat subuh.Beliau dari kecil tidak pernah bermain atau berseronok dengan kanal-kanak lain kerana sibuk dengan pembacaan buku.Keadaannya seperti imam Nawawi yang tidak pernah bergaul dengan kanak-kanak kerana sibuk dengan ilmu.
-Pada awal usia remaja, beliau telah menyambung pengajian di ma’had yang terletak di Tanta.Di Situ beliau menamatkan pengajiannya di peringkat ibtida’i(menengah rendah) dan sanawi(menengah atas).Selepas tamat pengajian diperingkat menengah,beliau menyambung pengajian diperingkat sarjana muda di Universiti al Azhar dalam bidang usuludin.Pada tahun 1953,beliau berjaya menamatkan pengajiannya dengan mendapat tempat pertama.
-Pada tahun 1960,beliau telah berjaya memperolehi ijazah sarjana bahagian al Quran dan Sunnah,Pada tahun 1973 ,beliau telah berjaya memperolehi phd dalam bidang hadis dengan tajuk tesisnya”zakat,kesannya dalam menyelesaikan masalah masyarakat” atau kemudiannya dikenali sebagai feqh zakat.
Ulama-Ulama Yang Memberi Kesan Pemikiran Kepada Imam:
Ulama Silam:-
1.Hujjatul Islam Imam al Ghazali
2.Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah
Ulama al-Azhar antaranya:
1.Syeikh Muhammad Khidir Husain
2.Syeikh Mahmud Syaltut
3.Syeikh Muhammad Abdullah ad Darraz
4.Syeikh Abdul Halim Mahmud
Ulama Haraki:
1.as-Syahid Imam Hasan al Banna
Ulama-Ulama Yang Memuji Imam :
1.Imam Hasan al Banna
“Sesungguhnya Qaradhawi seorang penyair yang hebat”
2.Syeikh Muhammad Ghazali:
“Qaradhawi adalah salah seorang imam umat islam pada abad ini yang menggabungkan fikh nazhar dan fiqh athar ”
3.Syeikh Abu Hasan an Nadawi:
“Qaradhawi adalah seorang ‘alim muhaqqiq dan beliau adalah salah seorang Ulama dan Murabbi yang besar”
4.Syeikh Mustafa Zarqa :
Qaradhawi adalah hujah pada zaman ini dan beliau merupakan suatu anugerah Allah kepada umat islam”
5.Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah:
“Syeikh Qaradhawi adalah faqih dan mursyid kami yang ‘alim”
Antara ulama yang mengiktiraf keilmuan Imam Qaradhawi sampai ketahap Mujtahid:
1.Syeikh Dr Ali Jumaah(mantan mufti Mesir)
2.Syeikh Muhammad az-Zuhaili
Dr Zaharuddin @ UZAR menerangkan siapakah imam al Qaradhawi
Ulama terkemuka dunia syeikh Wahabah az-Zuhaili memuji dan menggelar Pengerusi kesatuan Ulama Sedunia Syeikh Dr Yusuf al Qaradhawi sebagai Imam
Buku-Buku Karangan Imam al-Qaradhawi:
Imam al Qaradhawi telah mengarang lebih dari seratus buah buku yang mana telah mendapat sambutan daripada Ulama dan golongan pembaca.
Antara karangan-karangan beliau:
1.Feqh Zakat
2.al Halal wal Haram Fil Islam
3.Feqh Daulah
4.Feqh Aulawiyat
5.Ijtihad Di Dalam Syariah
6.Bagaimana Kita Berinteraksi Dengan Al-Q uran
7.Iman Dalam Kehidupan
8.Rasul Dan Ilmu
9. Fatawa Mu’asarah,2 jilid
10.Madkhal li Dirasat al-Shari’at al-Islamiah
11.Al-Fatwa bayn al-Indibat wa al-Tasayyub
12.Fiqh al-Siyam
13.Fiqh al-Taharah
14.Fiqh al-Ghina’ wa al-Musiqa
15.Fi Fiqh al-Aqaliyyat al-Muslimah
al imam Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi ketika dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa 1431/2009.
Anugerah kali kelapan itu disampaikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Sebagai penerima,al imam Qaradhawi memperoleh wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah plak,pingat dan sijil penghargaan.
