Bedak arab atau dikenali juga super summer cake merupakan bedak compact yang kini hangat di pasaran. Bedak compact ini semudah ABC digunakan serta menjimatkan masa untuk tampil lebih menawan. Jangan risau bedak compact ini dijamin Halal serta sangat wangi.
Kelebihan Bedak Arab Kokuryu (Super Summer Cake):
Bedak compact 3 in 1 (moisturizer, foundation, powder) – ianya sangat menjimatkan masa dan wang.
– Ianya mengikut aliran darah kita, tidak mengira mereka yang berkulit cerah, gelap atau putih. Bedak ini menyerap terus ke dalam kulit dan menjadikan wajah cerah serta tona warna kulit kita kelihatan sekata.
– Bedak ini juga mampu mengecutkan jerawat serta tidak berminyak.
– Kulit juga akan bertambah cantik apabila berpeluh, namun jika berpeluh kita hanya perlu ‘dap’kan tisu pada wajah.
– Tidak melekit dan sekaligus tidak melekat pada tisu mahupun tudung.
– Bedak ini juga boleh bertahan selama 8jam dan satu bedak compact ini boleh bertahan sehingga 3 bulan mengikut cara penggunaan kita.
Warna /Jenis –Jenis Bedak Arab Kokuryu:
Cherry : Sesuai bagi mereka berkulit putih cerah
Cherry pink : Sesuai bagi mereka yang berkulit putih cerah dan ingin kemerah-merahan
Roshelle : Sesuai bagi mereka yang berkulit cerah
Orange Blush : Sesuai bagi mereka yang berkulit sederhana cerah (kuning langsat)
Russet : Sesuai bagi mereka yang berkulit natural atau sederhana
Cara yang betul pemakaian Bedak Arab Kokuryu (Super Summer Cake):
1. Sebelum menggunakan bedak arab pastikan keseluruhan span dibasahkan terlebih dahulu. Pastikan span jangan terlalu basah dan jangan terlalu kering.
2. Perahkan span tersebut.
3. Sapu span pada bedak arab. Jika pertama kali digunakan, sapu span kuat sedikit pada bedak kerana bedak yang pertama kali digunakan permukaan bedak agak licin.
4. Sapu bedak hanya sedikit dan tidak perlu banyak kerana bedak tersebut meresap ke dalam kulit serta sapu seperti biasa pada wajah kerana ianya bertindak mengikut aliran darah.
5. Selepas digunakan, pastikan span tersebut dibasuh menggunakan pencuci muka atau mandian baby. Jangan dibiarkan span tersebut tidak di basuh kerana kuman mudah untuk melekat pada span tersebut dan boleh membahayakan kesihatan wajah.
6. Pastikan span tersebut di gosok untuk mengeluarkan kesan bedak pada span dan seterusnya bilas menggunakan air bersih. Span tersebut akan kelihatan bersih dan putih seperti asal.
7. Keringkan span terlebih dahulu sebelum memasukkan ke dalam plastik yang sedia ada.