Peristiwa-Peristiwa Sebelum Kiamat

Peristiwa-Peristiwa Sebelum Kiamat

1. Keluarnya Dajal.

2. Turunnya Nabi Isa A.S.

3. Keluarnya Yaajuj dun Ma’juj.

4. Terbitnya matahari dari sebelah barat.

5. Keluarnya binatang besar.

6. Keluarnya asap hitam gang berkepul-kepul memenuhi ruang.

7. Terangkatnya Al-Quran.

8. Angin yang lembut yang mematikan orang mukmin.

9. Runtuhnya Kaabah.

1O. Berlakunya tiga gerhana di timur, gerhana di barat dan gerhanua di semenanjung Tanah Arab.

1. PERINGATAN TENTANG FITNAH DAJJAL

Kedatangan Dajjal merupakan sebesar-besar fitnah kepada umat Islam. Al-Quran banyak menyebut tentangnya tapi tidak secara jelas nama sebenar Dajjal. Antara ayat Al-Quran yang menerangkan kepada kita tentang tanda-tanda kiamat ini ialah ayat 158 surah Al-Maidah yang bermaksud: “Rasulullah ditugaskan untuk menerangkan kepada kita tentang kedatangan Dajal serta memberi peringatan tentang bahaya fitnah yang dilakukan Dajal.”

Sesungguhnya Dajjal telah wujud dalam ini dan dla sebenarnya diitahan dan dikurung di daerah yang tidak diketahui oleh manusia melainkan Allah SWT. Apabila telah sampai waktu yang telah dijanjikan Allah maka ia akan keluar menzahirkannya.

Disamping itu, Allah S.W.T telah mengutuskan seorang lelaki Nasrani berada di tempat Dajjal bertujuan untuk bercakap-cakap dengannya untuk membenarkan kenabian Nabi Muhammad s.a.w. Lelaki tersebut dikenali sebagai Tamimam Ad-Darri. Beliau merupakan sahabat sebelum masuk Islam dan merupakan  rahib Nasrani. Be-ltau telah memeluk Islam pada tahun ke-9 Hijrah dan wafat pada tahun  404 Hijrah.

Dajjal akan muncul dari arah Timur di negeri Khurasan dan disitulah Dajjal mula  melaksanakan tipu daya yang kemudiannya akan pergi ke Asfahan. Puak Asfahan akan keluar menernui Dajjal serta memberi pertolongan dan bantuan kepadanya.

Selepas itu, Dajjal dan para pengikutnya akan menuju ke Iran diikuti dengan negara Iraq dan di bandar Al-Kut melewati jalan-jalan antara Syam dan Iraq untuk menuju ke Hijjaz dan akhirnya Dajjal akan mengelilingi semua tempat di dunia untuk  menyebarkan kefasadan dan kerosakan.

Dajjal akan keluar selepas kemunculan Imam Mahadi dan pembukaan Semenanjung Arab, Parsi  serta Rom. Daljal akan tinggal di muka bumi  ini dengan membuat kerosakan selama 40 hari bermula dari kebangkitannya. Satu hari pertama kemunculannya bersamaan setahun di muka bumi. Sehari pada kedua pula menyamai  sebulan pada ketika itu. Sehari pada hari menyamai sebulan pada ketika itu. Sehari  pada hari ketiga pula menyamai seminggu hari biasa. Pada hari keempat dan seterusnya ia akan kembali kepada normal iaitu panjang  masanya seperti hari-hari biasa di muka
bumi.

Antara fitnah yang akan dibawa Dajjal ialah kenikmatan ketika merebaknya kesengsaraan disebabkan kelaparan dan memperdayakan manusia dengan seruannya. Pada awal kemunculannya ia datang dalam keadaan seorang raja yang angkuh setelah mendakwa dirinya Nabi. Kemuncak penipuannya ialah apabila dia menciakwa dirinya adalah Tuhan. Dia membunuh seorang pemuda mukmin kemudian menghidupkannya kembali dan akhirnya melemahkannya.

2. TURUNNYA NABI ISA AS

Tanda kedua kedatangan kiamat ialah turunnya Nabi Isa as dari langit. Kebangkitan semula Nabi Isa a.s selepas ia diangkat oleh Allah ke langit yang dinantikan oleh tiga umat iaitu umat Islam, Yahudi dan Nasrani.

Nabi Isa akan menghukum berdasarkan syariat Nabi Muhammad bagindalah yang akan membunuh Daijal, membunuh khinzir-khinzir, mematahkan salib, mengutip jizyah dan semua ahli kitab akan beriman dengannya sebelum kewafatannya.

Antara sifat-sifat Nabi Isa ialah baginda diangkat oleh Allah ke Iangit ketiaka usia  baginda 30 tahun. Baginda akan turun dengan memegang kedua belah tangannya pada sayap dua malaikat dengan memakai dua lapis pakaian. Tinggmya sederhana, ticiak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, warna kulitnya putih kemerahan, rambutnya lembut, halus, lurus dan panjang serta mencecah ke parah bahu, bila ia disikat terserlah keelokannya. Baginda turun seolah-olah baru bersuci. Apabiia baginda menunduk gugur dari rambutnya titisan air, apabila la mengangkat  kepalanya terserlahlah kilauan rambutnya seolah-olah kilauan dari biji-biji mutiara.  Rasulullah mengumpamakan Nabi Isa seperfi  sahabatnya Urwah bin Mas’ud yang mempunyai keelokan dan kebaikan.

Nabi Isa akan turun ke bumi apabila hampir sampainya Dajjal kepada pengakhiran kehidupannya di dunia Baginda akan turun pada waktu subuh di atas mimbar putih di timur Damsyik, ketika permulaan iqamah untuk mendirikan solat, lalu baginda solat dibelakang Imam Mahdi kerana kemuliaan yang Allah berikan untuk umat ini. Kemudian baginda menunaikan tugas yang diserahkan kepadanya. Baginda akan bergandingan dengan Imam Mahdi untuk memerangi Dajjal dan
meninggikan kalimatullah.

Perkara-perkara yang dilakukan oleh Nabi Isa  selepas baginda diturunkan:

1. Memerangi dan melawan Dajal serta membunuhnya.

2. Menjatuhkan hukurnan ke atas orang-orang Yahudi. Sebagaamana yang diketahui. kebanyakan pengikut Dajjal terduri daripada orang-orang Yahudi.

3. Nabi lsa akan tinggal di bumi selepas kebangkitan kedua selama 40 tahun Baginda memerintah bumi dengan adil, mendirikan syariat Allah, berkahwin dan mempuyai anak.

4. Lalu Allah wafatkan baginda dan jenazahnya akan disembahyangkan oleh orang-orang Islam kemudian dikebumikan di sisi maqam Rasulullah Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab.

3. KELUARNYA YA’JUJ DAN MA’JUJ

Berdasarkan ayat-ayat Al-Quran di dalam surah Al-Kahfi, Yakjuj dan Makjuj sudah berada di dunia ini sejak zaman lskandar Zulkarnain. Keduanya berada di sebalik tembok yang dibina oleh Zulkarnain dari campuran perak dan besi, lalu kedua-dua galian ini dicairkan dengan api yang amat panas dan dituangkan ke atas Yakjuj dan Makjuj. Yakjuj dan Makjuj berada di antara dua buah bukit yang besar di sebalik tembokyang kukuh kerana kejahatan dan kefasadan yang mereka lakukan.

Selepas Nabi Isa a.s dapat membunuh Dajjal yang menyesatkan dan menjatuhkan hukuman ke atas orang Yahudi, lalu Allah mengizinkan Yakjuj dan Makjuj keluar. Setelah itu terbelahlah benteng perisai yang memagari mereka selama ini. Mereka keluar dengan begitu cepat dan melakukan kerosakan di muka bumi.

Antara fitnah dan kejahatan yang dilakukan oleh Yakjuj dan Makjuj adalah umum dan berterusan. Bilangan mereka cukup ramai seperti sernut dan belalang yang berterbangan di padang yang hijau. Tidak ada seorang pun yang rnampu untuk menolaknya. Selepas itu Nabi Isa dan para pengikutnya menuju ke Bukit Thur, lalu Allah membinasakan Yakjuj dan Makjuj semua sekali secara serentak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top