Select Page

Hand_Eczema_Examples
Ekzema suatu penyakit kulit yang boleh menyebabkan seseorang tekanan kerana faktor persekitaran serta faktor kesihatan. Penyakit ini boleh berulang dan tidak berjangkit. Ekzema menyebabkan kulit menjadi merah, kering, gatal dan bersisik dan dalam kes yang lebih teruk boleh menyebabkan berdarah dan merekah. Hal ini memberi ketidak selesaan kapada pesakit. Kebiasaanya ekzema dihidapi kanak-kanak (bayi berumur dua hingga enam bulan) dan akan hilang apabila berumur enam tahun. Lebih separuh daripada semua penghidap ekzema menunjukkan tanda-tanda mereka dalam tempoh 12 bulan pertama dan 20% daripada mereka mengalami ekzema sebelum usia lima tahun.

Peratusan yang kecil bagi mereka mengalami ekzema yang teruk hingga dewasa. Keadaan ini memberi kesan kepada pesakit dan keluarganya. Ekzema permulaan dewasa adalah sukar untuk merawat dan mungkin disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti ubat-ubatan. Walaupun punca sebenar ekzema yang khusus tidak diketahui, namun ia dikaitkan dengan faktor dalaman dan luaran.

Faktor Dalaman :

  • Sejarah keluarga yang mempunyai ekzema atau asma – ibubapa yang mempunyai ekzema menyebabkan anak-anak mreka boleh menghidap ekzema sebanyak 80%.
  • Alkohol serta makanan seperti tenusu dan produk berasakan gandum, buah-buahan sitrus, telur, kacang, makanan laut, makanan tambahan yang mengandungi bahan kims, pengawet dan pewarna.
  • Tekanan

Faktor Luaran: 

  • Asap rokok, bahan kimia, cuaca (keadaan yang panas dan lembap atau sejuk dan kering) serta penyaman udara atau terlalu panas.
  • Alergen – hama habuk rumah, acuan, rumput, debunga tumbuhan, haiwan dan pakaian, sabun mandian, syampu dan pencuci serbuk, dan kosmetik.

adult_footchild_face2

Biarpun ekzema bukan penyakit yang mengancam nyawa, tetapi memberi kesan kepada pesakit dan penjaga. Gatal-gatal waktu malam boleh menyebabkan tidur pesakit terganggu dan akan menyebabkan tekanan yang besar kerana pesakit juga perlu berdepan dengan orang luar. Hal seperti ini akan membawa kepada ketidakhadiran kerja, sekolah, aktiviti peribadi dan lain-lain.

Matlamat merawat ekzema adalah untuk menyembuhkan kulit dan mencegah serta mengurangkan kesakitan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan pelembap untuk mencegah kulit daripada merekah dan gatal. Kulit yang lembap juga membantu menghalang kuman yang menyebabkan jangkitan. Rawatan lain :

  • Corticoteroids topikal membantu mengurangkan keradangan dan gatal.
  • ‘Sedating antihistamin’ menyebabkan tidur dan mengurangkan gatal.
  • Antibiotik yang merawat jangkitan sekunder.

Seperti kulit ekzema sering merkah ini menyebabkan pesakit menghadapi jangkitan kulit. Seorang ekzema juga berisiko emndapat herpes jenis 1 (Kudis sejuk) yang boleh merebak di kawasan yang besar. Dalam usaha untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang dikaitkan dengan vaksin, penyakit ini perlu dibincangkan bersama pakar perubatan.