Antara Pengajaran Dari Peristiwa Isra’ dan Mikraj Yang Boleh Kita Ambil Ialah:
1.Berlaku Hubungan Diantara Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa
Perjalanan baginda Rasulullah s.a.w dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa sebelum mikraj hingga ke langit ketujuh (Sidratul Muntaha) itu adalah isyarat berlakunya hubungan antara Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa..Sebab itulah mikraj Nabi s.a.w tidak dari Masjid al-Haram tapi Allah pejalankan dahulu Nabi s.a.w ke Masjid al-Aqsa,kemudian di sana baru Allah angkat Rasulullah s.a.w ke langit ketujuh dengan kenderaan yang bernama Buraq.
Sejarah telah merekodkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini.
2.Perintah solat lima waktu
Ketika Rasulullah s.a.w berada di Sidratulmuntaha,baginda Nabi s.a.w telah menirima perintah solat..Pada mulanya Allah SWT memberi perintah supaya mengerjakan solat 50 waktu sehari semalam..Tatkala Rasulullah s.a.w bertemu dengan Nabi Musa Alaihi Salam di langit keenam,Rasulullah s.a.w menceritakan perintah yang diterimanya daripada Allah..Lalu Nabi Musa menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah SWT untuk memohon keringanan,dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu..Disebabkan terlalu sayangkan umatnya,Nabi SAW menerima saranan itu..Ia pun kembali menghadap Allah untuk memohon keringanan..Permohonan itu berulang sampai 9 kali hinggalah Allah SWT mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam..Cuba bayangkan kalau sehari 50 waktu kita wajib solat..sedangkan 5 waktu pun ramai yang “kantoi”..Lebih-lebih lagi waktu subuh..Memang benarlah apa yang dikatakan oleh Saidina Musa yang kita tidak akan sanggup untuk solat 50 kali sehari..
Istimewanya solat ialah kewajipan solat itu diterima secara langsung oleh Nabi s.a.w tanpa perantaraan malaikat Jibrail..Adapun ibadat-ibadat yang lain seperti puasa,zakat dan haji Nabi s.a.w menerima perintah tersebut melalui perantaraan malaikat Jibrail..
3.Jauhi Perkara-Perkara Mungkar Dan Maksiat
Semasa Rasulullah s.a.w Mikraj ke langit,Baginda dibawa meninjau keadaan neraka..Di sana Rasulullah s.a.w ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat daripada segala macam bentuk kemungkaran dan kemaksiatan yang pernah mereka lakukan..Antaranya Rasulullah s.a.w diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar,setelah pecah ia kembali bertaut seperti sediakala..Rasulullah s.a.w juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba,penzina,pengumpat dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar kepada kita agar tidak melakukan segala kemungkaran dan maksiat yang dilarang Allah..
4.Bila Ditimpa Musibah Kembalilah Kepada Allah
Peristiwa Isra’ dan Mikraj adalah kelanjutan dari musibah yang berturut-turut menimpa Nabi s.a.w.bilamana Rasulullah s.a.w kehilangan dua insan tersayang iaitu kewafatan isteri baginda Khadijah r.a dan kemudian disusuli pula dengan pemergian bapa saudara Nabi Abu Thalib yang banyak melindunginya daripada ancaman kaum kuffar Quraisy..Kesedihan Nabi s.a.w bertambah lagi bila dakwahnya ditolak oleh penduduk Thaif dengan makian,cercaan dan Baginda disakiti sehingga berdarah kakinya akibat lontaran batu kepadanya..Ini disifatkan oleh ahli sejarah sebagai “Amulhuzn”(tahun dukacita) bagi Rasulullah..
Maka tidak lama selepas itu Allah menenangkan dukacita dan kesedihan yang menimpa kekasihnya itu dengan menjemput Baginda s.a.w bertemu dengan Allah ‘zza wa jalla dalam peristiwa isra’ dan Mikraj..Dapat kita pelajari bahawasanya cara untuk menenangkan diri ketika dlaam dukacita adalah dengan mengembalikan diri kita kepada Allah..Mengadulah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala..
5.Rasulullah s.a.w Lebih Mulia Dari Malaikat Jibril
Ini dapat dilihat bilamana Nabi s.a.w diperintahkah untuk naik ke Sidratul Muntaha sedang malaikat Jibril tidak boleh untuk sampai ke sana..Allah memuliakan kedudukan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam..
6.Galakan Memberi Salam Bila Bertemu
Di sepanjang perjalanan Mikraj Nabi ke leangit,Baginda tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang baginda temui..Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan..
Info Tambahan:-
-Isra’:Perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis,Palestin.
-Mikraj Perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh,dekat singgahsana Allah.