Media Mesir Kembali Ke Zaman Mubarak

Ustaz Abdul Malik Penganalisis Politik Di Mesir Dan Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
Ustaz Abdul Malik
Penganalisis Politik Di Mesir Dan Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

MEDIA MESIR KEMBALI KE ZAMAN MUBARAK :

Tiada disangka tiba-tiba televisyen rasmi kerajaan Mesir berubah selepas rampasan kuasa. Selama ini televisyen rasmi antara menjadi rujukan saya (ustaz Malik) berkaitan hal ehwal dalam dan luar negara.

Bukan sahaja tv yang berbohong malah askar juga berbohong.

Seperti yang kita maklum semenjak berlaku rampasan kuasa menyaksikan telah berpuluh orang pimpinan Ikhwan dan gerakan Islam lain yang ditahan.

Lihat anak panah(gambar di bawah) berita tertera yang bermaksud:

“TERKINI: Jurucakap Majlis Tentera: Tidak pernah berlaku tangkapan kepada mana-mana aktivis politik sejak Revolusi 30 Jun dan tidak terdapat seorang pun tahanan politik di dalam penjara.”

Lihat pula(gambar di bawah) penipuan dalam ruang kotak kuning di bawah:

Tv Mesir Tipu

“Pasukan keselamatan menafikan tangkapan peguam Ikhwan Muslimin Abdul Mun’im Abdul Maqsud.”

Sumber: Ustaz Abdul Malik Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top