Masalah Jerawat Bagi Remaja Lelaki

Masalah Jerawat Bagi LelakiJerawat ? Memang tidak asing lagi perkataan ini muncul dan berlegar di dalam kotak pemikiran bagi seorang remaja. Jerawat yang timbul seolah-olah bagaikan satu fenomena yang dasyat dalam hidup seseorang remaja. Para remaja semahunya tidak mahu jerawat yang kotor ini timbul di segenap ruang wajah mereka. Apatah lagi jerawat ini mampu mencacatkan rupa wajah mereka.

Ramai juga remaja lelaki yang kisah tentang jerawat ini. Namun ada juga yang tidak kisah. Bagi yang kisah tentang jerawat ini amat takut jika jerawat ini akan memburukkan wajah mereka. Apatah lagi ketika usia muda mereka sudah mula mahu memiliki pasangan. Namun, wajah yang berjerawat akan membantutkan cita-cita merka untuk mendapatkan pasangan. Antara masalah yang sering di hadapi bagi seorang remaja lelaki adalah :

  • Kurang Keyakinan Diri

Mereka mungkin akan berasa malu dikala rakan-rakan mereka ada yang berkulit bersih tetapi bagi diri mereka, berjerawat..!! Tambahan pula jerawat tersebut timbul di tempat yang memalukan seperti di hujung hidung. Hal ini menyebabkan remaja tersebut malu untuk berkomunikasi dan bersemuka dengan orang lain.

  • Kemurungan

Lelaki juga boleh terkena penyakit kemurungan ini. Kemurungan amat bahaya jika ia tidak dibendung. Kemurungan yang teruk dapat membawa kepada tekanan perasaan tambahan pula sering diejek rakan-rakan kerana jerawat. Bila tekanan semakin meningkat, jerawat juga kemungkinan akan tumbuh.

  • Tekanan Perasaan

Tekanan perasaan juga adalah salah satu punca yang menjadikan jerawat galak tumbuh. Perasaan yang tidak stabil menyebabkan segala kelakuan yang dilakukan menjadi terbatas. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang bercinta. Pasti tekanan itu akan ada. Kemungkinan wajah yang berjerawat menyebabkan teman wanitanya memutuskan hubungan. Mungkin juga ramai kawan perempuannya tidak mahu berkawan. Kerana takut mereka juga akan ditumbuhi jerawat. Inilah masalah yang sering timbul

  • Pemakanan

Dahulunya sebelum tidak mempunyai jerawat, semua jenis makanan akan di makan sahaja tanpa perlu ada rasa ragu akan implikasinya. Namun, bila sudah berjerawat, remaja tersebut mula lah menjaga pemakanan. Masalahnya adalah sukar mengawal nafsu. Contohnya, remaja tersebut suka makan kekacang dahulunya, bila sudah berjerawat,dia terpaksa mengawal pengambilan kekacang kerana takut masalah jerawat terus tumbuh.

Sehingga kini masalah jerawat menghantui para remaja lelaki. Jerawat ini seolah-olah bagaikan satu virus yang amat bahaya kepada mereka. Masalah jerawat di kalangan remaja lelaki sudah menjadi suatu kebiasaan kerana perubahan hormone mereka semasa meningkat usia. Jangan mengambil masalah ini terlalu remeh kerana ia juga mampu membuatkan diri seseorang terus menyendiri.

2 thoughts on “Masalah Jerawat Bagi Remaja Lelaki”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top