Ayat 82 dari surah an-Nisa adalah di antara ayat-ayat Allah yang menyebabkan seorang Mubaligh kristian dan pakar matematik Dr.Gary Miller (Nama islam Abdul-Ahad Omar) tertarik untuk mengkaji Al- Quran dan kemudiannya beliau mengucapkan dua kalimah syahadah..
“…Patutkah mereka (bersikap demikian),tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah,nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak didalamnya…”
( An Nisa : 82 )
Dr Miller berkata tentang ayat ini:
“…Salah satu prinsip saintifik yang terbaik adalah prinsip mencari kesilapan atau mencari kesilapan didalam teori sehingga ia terbukti benar (Ujian Pemalsuan). Apa yang menakjubkan ialah Al-Quran meminta orang Islam dan bukan Islam untuk cuba mencari kesalahan dalam buku ini dan ia memberitahu mereka bahawa mereka tidak akan menjumpai kesilapannya di mana-mana … “
Beliau juga berkata tentang ayat ini:
“…Tidak ada penulis di dunia mempunyai keberanian untuk menulis buku dan mengatakan bahawa ia adalah sifar dari kesilapan,tetapi al-Quran,sebaliknya, memberitahu kita semua bahawa Ia tidak mempunyai kesalahan dan meminta kita untuk mencuba untuk mencari dan pasti kita tidak akan menjumpainya…”
Diambang Kegemerlapan Cahaya Hidayah Allah:
“Semuanya bermula sebaik saya menerima hadiah senaskah al-Quran(terjemahan) pada 1978.Niat awalnya saya mengkaji dan ingin membaca al-Quran untuk menarik orang Islam masuk ke agama Kristian.
“Sebenarnya,saya mahu mencari kesalahan dalam al-Quran,agar dengan cara itu senang untuk saya menggoyahkan akidah umat Islam.
“Anggapan awal saya,kitab al-Quran adalah sebuah kitab kuno dan mengandungi cerita tentang padang pasir sahaja.Akhirnya,setelah menyelak satu demi satu helaian al-Quran,apa yang ditemui saya sendiri tidak pernah menjangkakannya,” Akui Dr. Miller…
Helaian demi helaian al Quran terjemahan diselaknya untuk menemukan cerita-cerita yang mengungkapkan keburukan Muhammad s.a.w tapi yang beliau temui adalah sebuah surah yang bernama Maryam (“Maria” = Ibunda Jesus),yang di dalamnya menceritakan betapa Maria adalah seorang wanita yang sangat terhormat dan dimuliakan.
Beliau bertambah hairan karana tidak menemukan surah yang bernama Fatimah atau Aisyah.Kekagumannya menjadi jadi ketika beliau menemui nama Jesus(Nabi Isa) disebut 25 kali dalam al Quran sedangkan nama Nabi Muhammad s.a.w hanya 4 kali.
DR Miller makin bersemangat meneliti tiap ayat Quran sehingga dia menemui dan membaca Surah An Nisa ayat 82..
DR Miller menjadi semakin yakin bahawa Quran ini luar biasa.setiap yang dikatakan oleh al-Quran adalah benar benar satu kenyataan.Dan ini tidak mungkin jika manusia yang membuat al Quran.Pasti hanya Tuhan yang Maha Sempurna yang membuatnya..
Subahanallah…hidayah itu boleh datang ke atas orang yang berniat jahat kepada Islam…