Kerana JAHIL kita terjerumus kelembah kekufuran..
Kerana JAHIL kita bersengkokol dengan “toghut”..
Kerana JAHIL kita sesat lagi menyesatkan orang…
Kerana JAHIL kita menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah & RasulNYA dan kita mengharamkan apa yg dihalalkan oleh Allah dan RasulNYA..
Kerana kita JAHIL mereka yang jauh dari Allah terus hanyut dengan dunia kegelapan mereka…
Kerana JAHIL non muslim tidak mengenali islam bahkan bahkan ketika mereka menghina islam kita tidak boleh nak membetulkan salah faham mereka terhadap islam,yang kita tahu ketika itu ialah marah..
Kerana JAHIL kita hanya sibuk mengejar duniawi.Sehingga dunia kita jadikan sebagai matlamat..
Kerana JAHIL kita leka dengan keseronokkan..
Sungguh Musuh Utama Kita Hari Ini Ialah KEJAHILAN…
Solusinya…
Luangkanlah masa sertai majlis-majlis ilmu..
Banyakkanlah membaca dan apabila tidak faham dengan apa yang dibaca rujuklah kepada mereka yang ahli…
Dekatilah dan dampingilah para Ulama…
Perkongsian dari Ustaz Abdullah Bukhari yang saya ambil dari facebook beliau:-
JAHIL PUNCA SEGALA MASALAH!
Kadang-kadang terkejut mendengar masalah masyarakat..ini semua kisah benar yang pernah dilalui atau didengar,
1) Ustaz! Bagaimanalah nasib Nabi Isa di akhirat kelak! kerana dia yang ajar orang kristian sembah dia, habis semua orang kristian sesat.
2) Ibu marahkan anaknya yang tak berduit walaupun gajinya agak besar..Ibu: Mana perginya gaji kamu yang banyak tu?! Duit tak cukup ni banyak sebab, kamu bayar tak zakat?! Anak bertanya dengan selamba: MAK ZAKAT TU APA?!
3) Saya bincang dengan jiran tentang agama, saya kata: berbagai ibadah sunat yang boleh kita buat pada malam jumaat, tak hanya baca Yasin. Si isteri mencelah: Hah! Kalau tak baca Yasin apa lagi yang nak dibuat?!
4) Anak saya main badminton dengan teman setaman, keluar kisah manusia tidak terlepas dari buat silap. Anak saya mencelah: Cuma Nabi sahaja yang maksum dan tak buat silap! Teman setamannya kata: Eh mana adalah, betul ke Nabi tu maksum?
5) Anak saya terpaksa menumpang di Tadika adiknya. Bersamanya ada juga seorang budak lelaki (darjah 4) turut menumpang). Bila sampai waktu solat anak saya ajak budak tu..dia geleng kepala. Anak saya tanya: Eh kau tak takut masuk neraka ke?! Budak tu menjawab: NERAKA TU APA?!
Itu adalah sedikit pengalaman dilalui. Ia berlaku kerana kesibukan berkerja (diri sendiri atau ibu bapa) sehingga lupa meluang masa menuntut ilmu walaupun ilmu yang wajib diketahui sebagai Muslim..
Banyak lagi kerja kita sebagai pendakwah!! Adakah masih cukup masa untuk kita BERGADUH?!
أَمِ اتَّخَذوا مِن دونِهِ ءالِهَةً ۖ قُل هاتوا بُرهٰنَكُم ۖ هٰذا ذِكرُ مَن مَعِىَ وَذِكرُ مَن قَبلى ۗ بَل أَكثَرُهُم لا يَعلَمونَ الحَقَّ ۖ فَهُم مُعرِضونَ
Patutkah mereka menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): Bawalah keterangan dan bukti kamu; kandungan Al-Quran ini menjadi peringatan dan bukti tauhid umatku, juga peringatan dan bukti tauhid umat-umat yang dahulu daripadaku.
(Kaum musyrik tidak mempunyai sebarang keterangan) BAHKAN KEBANYAKAN MEREKA TIDAK MENGETAHUI MANA YANG BENAR DAN MANA YANG SALAH, DENGAN SEBAB ITULAH MAKA MEREKA BERPALING ENGKAR (al-Anbiya'[21:24]).
payah cerita orang jahil ni. Kita nasihat..dia tak nak dengar.