Select Page

Gambar anjing dan kucing dijadikan umpan memancing

umpan

kucing

Acara memanah ayam hidup Sempena menyambut Festival Musim sejuk (Salji) di Provinsi Jilin,China pada 14 Januari 2013..Ayam-ayam hidup ini digantung dan diikat di dinding ais sebagai Target Tembakan.

ayam dizalimi

ayam dipanah

Brodilovo adalah sebuah desa terpencil di bahagian tenggara Bulgaria.Di sini, penduduk desa sangat takut pada penyakit rabies yang berpunca dari jangkitan anjing.

Oleh itu,mereka memiliki tradisi yang telah dilakukan selama berabad-abad untuk menangkal penyakit tersebut.Ritual aneh ini dilakukan dengan cara memutar anjing, seperti permainan gasing dengan menggunakan tali.
Tubuh anjing itu tergantung di atas sungai kecil.Ritual ini biasanya dilakukan setahun sekali dan diyakini dapat membantu menjauhkan penyakit rabies dari anjing-anjing itu.ritual

Spanyol bukan hanya terkenal dengan pertarungan Matadornya melawan lembu.Disana ada satu lagi tradisi yang membuat para penonton tercengang iaitu pertunjukan lembu api yang dikenal dengan Festival Toro Jubilo.

Festival Toro Jubilo yang dilaksanakan setiap tahun ini mempertontonkan seekor lembu yang tanduknya dipasang bahan bakar yang kemudian tanduk tersebut dibakar.

lembulembu2

Sebuah pesta tahunan diadakan di Ohio County,Indiana.Festival Snapperfest ini tujuannya adalah untuk menyeksa kura-kura sampai ada yang mati.Festival gila ini tetap dijalankan,walaupun People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) cuba menghentikan tetapi gagal.

Pada pesta yang diadakan tiap tahun ini,peserta dimestikan menyeksa haiwan itu. Mereka menarik ekor,menghempasnya ke tanah menarik-narik kepala.Banyak kura-kura yang hancur tempurung kulitnya bahkan ada yang mati.

Zalim..Kejam sungguh kejam manusia..

Di dalam islam kita dilarang menzalimi haiwan..Antara dalilnya adalah Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya.Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah. (Riwayat al-Bukhari)

Disebutkan di dalam sohih Muslim:Sabda Rasulullah S.A.W.bermaksud: Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu,maka apabila kamu membunuh elokkanlah pembunuhan itu,dan apabila kamu menyembelih maka elokkanlah penyembelihan itu,dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan pisaunya dan hendaklah dia memberi keselesaan kepada binatang sembelihannya.(Riwayat Muslim)