Jahil

Orang JahilSahabat-sahabat yang dirahmati Allah dan dicintai Rasulullah

Kerana JAHIL kita terjerumus kelembah kekufuran..Kerana JAHIL kita bersengkokol dengan “toghut”..Kerana JAHIL kita sesat lg menyesatkan orang…Kerana JAHIL kita menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah & RasulNYA dan kita mengharamkan apa yg dihalalkan oleh Allah& RasulNYA..Kerana kita JAHIL mereka yang jauh dari Allah terus hanyut dengan dunia kegelapan mereka…Kerana JAHIL kita Hanya mengingati urusan duniawi..Kerana JAHIL kita leka akan keseronokkan..Sungguh Musuh Utama Kita Hari Ini Ialah KEJAHILAN…

Oleh itu luangkanlah masa anda mencari ilmu…agar hilang kejahilan yang membelenggu.. Sungguh menuntut ilmu agama ini adalah kefarduan bagi setiap individu…Nabi kita bersabda :

“MENUNTUT ILMU ITU WAJIB KEATAS SETIAP MUSLIM”(termasuk muslimah)

Mari kita renungkan perkongsian ilmu dan pengalaman ustaz  Abdullah Bukhari :

JAHIL PUNCA SEGALA MASALAH!

Kadang-kadang terkejut mendengar masalah masyarakat. .ini semua kisah benar yg pernah dilalui atau didengar,

1) Ustaz! Bagaimanalah nasib Nabi Isa di akhirat kelak! Kerana dia yang ajar orang kristian sembah dia, habis semua orang kristian sesat.

2) Ibu marahkan anaknya yang tak berduit walaupun gajinya agak besar.. Ibu: Mana perginya gaji kamu yang banyak tu?! Duit tak cukup ni byk sebab, kamu bayar tak zakat?! Anak bertanya dengan selamba : MAK ZAKAT TU APA?!

3) Saya bincang dengan jiran tentang agama, saya kata: berbagai ibadah sunat yang boleh kita buat pada malam jumaat, tak hanya baca Yasin. Si isteri mencelah: Hah! Kalau tak baca Yasin apa lagi yang nak dibuat?!

4) Anak saya main badminton dengan teman setaman, keluar kisah manusia tidak terlepas dari buat silap. Anak saya mencelah: Cuma Nabi sahaja yamg maksum dan tidak buat silap! Teman setamannya kata: Eh mana adalah, betul ke Nabi tu maksum?

5) Anak saya terpaksa menumpang di Tadika adiknya. Bersamanya ada jg seorang budak lelaki (darjah 4) turut menumpang). Bila sampai waktu solat anak saya ajak budak tu darjah..dia geleng kepala. Anak saya tanya: Eh kau tak takut masuk neraka ke?! Budak tu menjawab: NERAKA TU APA?!

Itu adalah sedikit pengalaman yang dilalui. Ia berlaku kerana kesibukan berkerja (diri sendiri atau ibu bapa) sehingga lupa meluang masa menuntut ilmu walaupun ilmu yg wajib diketahui sebagai Muslim..

Banyak lagi kerja kita sebagai pendakwah!! Adakah masih cukup masa untuk kita BERGADUH?!

أَمِ اتَّخَذوا مِن دونِهِ ءالِهَةً ۖ قُل هاتوا بُرهٰنَكُم ۖ هٰذا ذِكرُ مَن مَعِىَ وَذِكرُ مَن قَبلى ۗ بَل أَكثَرُهُم لا يَعلَمونَ الحَقَّ ۖ فَهُم مُعرِضونَ

Patutkah mereka menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): Bawalah keterangan dan bukti kamu; kandungan Al-Quran ini menjadi peringatan dan bukti tauhid umatku, juga peringatan dan bukti tauhid umat-umat yang dahulu daripadaku. (Kaum musyrik tidak mempunyai sebarang keterangan)

BAHKAN KEBANYAKAN MEREKA TIDAK MENGETAHUI MANA YANG BENAR DAN MANA YANG SALAH, DGN SEBAB ITULAH MAKA MEREKA BERPALING ENGKAR ( al-Anbiya’ [21:24] ).

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top