Islam Di Britain

Inggris-remaja-inggris-berbondong-bondong-masuk-Islam-jpeg.image_

London(mindakini)-Beberapa kajian telah mendedahkan bahawa jumlah Muslim di Britain telah meningkat sebanyak 37% dengan jumlah masjid bertambah hingga 1500 buah,menurut laporan Al Jazeera pada Sabtu (30/3/2013).

Berdasarkan data British Institute of Gatston,dianggarkan,ratusan warga Inggeris memeluk Islam saban bulan,menurut laporan Al Jazeera.

Ramai dikalangan penduduk Britain yang memeluk islam adalah dikalangan banduan penjara dan golongan pelajar termasuklah golongan remaja.wartawan Al-Jazeera yang mengunjungi beberapa Masjid dan pusat islam di London mendapati kebanyakkan muaallaf yang ditemui adalah dari golongan remaja,termasuk mereka yang berasal dari Brazil,Luxembourg,dan Sweden.

Salah seorang dari golongan remaja yang memeluk islam adalah Alexandra,puteri kepada adik ipar Tony Blair(Mantan PM Britain)yang memeluk islam ramadhan tahun lalu ketika berusia 12 tahun.alexandra

Menurut laporan Christian Backer,penyampai tv dan wartawan di London,dianggarkan 5000 orang Inggeris memeluk islam setiap tahun.

“Di UK,5000 rakyat Britain memeluk islam dalam setahun.Di negara-negara Eropah yang lain juga melaporkan angka yang sama.Menariknya,kebanyakan yang memeluk islam adalah wanita berkulit putih,kelas menengah,dan dari golongan intelek. Mereka semua bersetuju bahawa Islam adalah ajaran yang benar,yang memberikan mereka nilai,cara hidup yang tidak mereka temukan dalam peradaban Barat, nilai-nilai tradisional dan peranan wanita dalam kebanyakan tamadun barat telah hilang”Katanya..Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar wa lillahil hamd..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top