Fakta Tentang Labah-Labah

Labah-Labah

-Al Quran mengabdikan Labah-Labah dengan meletakkannya sebagai satu nama surah yang bernama “al ankabut”(labah-labah)

-Apabila labah-labah betina telah menetaskan anak labah-labah,labah-labah betina akan makan labah-labah jantan supaya labah-labah betina dapat memberikan makanan yang cukup kepada anak labah-labah.

-labah-labah betina lebih besar dan berbisa dari labah-labah jantan

-Labah-labah mempunyai lapan kaki

-Kebanyakan labah-labah memburu dengan membina sarang labah-labah untuk memerangkap serangga.

-Anyaman sarang labah-labah dibuat dari arah luar ke arab dalam.

-Penglihatan labah-labah adalah terhad..Oleh itu,labah-labah bergantung kepada getaran pada sarangnya untuk mengesan mangsa yang terperangkap dan bergegas untuk membalut mangsa dengan bebenang suteranya.

-Labah-labah telah pun wujud di dunia semenjak 110 juta tahun dahulu,hasil daripada penemuan fossil labah-labah di dalam batu amber di Sepanyol.

-Sekali bertelur,labah-labah mengeluarkan telurnya hingga ratusan dan 90% telurnya menetas.

-Kebanyakan labah-labah berburu pada malam hari.

-Labah-labah berburu untuk disimpan,dan dimakan lain waktu.

Labah-labah dapat menembus sarangnya dari sisi satu ke lainya dengan kecepatan tinggi.

-Sekumpulan pengkaji yang diketuai oleh pakar biomekanik,Andrew Martin dari Institute for Technical Zoology and Bionics (Institut Zoologi Teknik dan Bionik) di Bremen, Jerman meneliti kaki seekor labah-labah pelompat berukuran kecil (Evarcha arcuata) dengan menggunakan mikroskop elektron.Imej didapati memperlihatkan rangkaian rambut-rambut panjang (setae) di bawah tapak kaki labah-labah tersebut.Pada bahagian permukaan hujung bawah rambut ini dilapisi oleh rambut-rambut yang jauh lebih kecil lagi (setule) dengan hujung berbentuk segitiga.
Untuk menentukan nilai daya tarikan yang terhasil antara kaki labah-labah dengan permukaan di bawahnya,para saintis tersebut telah mengukur daya tarikan antara kaki labah-labah dengan sebuah batang kecil,di samping kaedah yang biasa diterapkan dalam ilmu bahan.Penghitungan oleh para saintis tersebut menunjukkan bahawa seekor labah-labah yang bergantung pada siling atau atap rumah dengan penempelan 600,000 setule menghasilkan daya tarikan yang mampu menahan 173 kali berat badannya sendiri.kebolehan seekor labah-labah menempel dan merayap pada permukaan dinding dan siling adalah sangat mengagumkan. Walau bagaimanapun, yang lebih mengejutkan ialah kebolehan itu dihasilkan oleh 600 000 unit-unit rambut mikro ? Jika direnung pada kejadian manusia, secara purata terdapat sekitar 100,000 helai rambut pada kepala manusia. Ajaibnya, enam kali ganda jumlah ini didapati pada telapak kaki labah-labah yang ukurannya beribu-ribu kali jauh lebih kecil daripada kepala manusia. Kewujudan sedemikian banyak rambut-rambut berukuran seni pada permukaan yang sedemikian kecil (tapak kaki labah-labah) menggambarkan adanya kehebatan ciptaan mikro. Satu lagi fakta menarik yang ingin dikongsi bersama ialah rambut-rambut ini tidak pernah ditemui pada bahagian lain tubuh labah-labah melainkan pada lapan tapak kakinya.Maklumat genetik mengenai bentuk dan fungsi rambut-rambut ini terdapat pada DNA labah-labah,dan daripada sel-sel pada telapak kakinya,rambut-rambut tersebut dihasilkan.

-Semakin tua labah-labah,maka semakin kuat dan indah sarangnya.

-Bayi labah-labah bertarung sesama sendiri hingga jumlah mereka menjadi sedikit.

-Beberapa jenis labah-labah akan pura-pura mati untuk mengelabui pemangsa.

-Jika 1 tali berdiameter 30cm diperbuat dari benang labah-labah ia boleh menampung 150 buah kereta.

-Saintis menggunakan benang labah-labah sebagai model utuk mereka bentuk bahan Kevlar(Bahan Kalis Peluru)

-Benang labah-labah 10 kali lebih kuat dari Kevlar.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top