Erdorgan Tetap Tegas Mempertahankan Dr Mursi

erdagon turkey

Erdorgan Tetap Tegas Mempertahankan Dr Mursi :

Turki meneruskan tekanan kepada kerajaan “perampas” Mesir apabila dilaporkan Perdana Menteri Turki,Toyyip Erdorgan menolak untuk bercakap dengan Dr.Mohammed El-Baradei( Naib Presiden) melalui telefon.

Erdorgan mendedahkan demikian sewaktu berucap di majlis berbuka puasa di Ankara berkata kepada Baradei,”Bagaimana mungkin saya akan berbincang dengan anda? Anda bukan dipilih oleh rakyat tetapi dilantik oleh perampas kuasa dari rakyat.

Ketegasan sikap dan pendirian Erdorgan dalam mempertahankan Dr Mursi sebagai presiden yang sah telah menyebabkan Putera Saud Al-Faisal membuat panggilan talefon kepada beliau dihadapan Menteri-menteri Luar Arab dan Teluk kira-kira seminggu yang lalu.(mungkin ingin bertanya sendiri dan memahami pendirian Erdogan itu)

Keadaan telah membuatkan Erdogan naik berang serta menegaskan kepada Putera Saudi itu dengan kata-kata:

“Bagaimana saudara boleh mendakwa melaksanakan undang-undang islam,urus tadbir islam serta menyokong islam sedangkan dalam masa yang sama turut bersubahat menggulingkan Presiden islam yang dipilih dalam Pilihan Raya bebas dan adil?”

Respek + Salute sama Toyyip Erdorgan.. Sungguh umat islam amat memerlukan pemimpin islam yang tegas seperti Erdogan yang betul-betul memeperjuangkan islam.Kita tidak mahu pemimpin yang bernama islam tapi menjadi ejen kepada Amareka dan israel.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top